Tuesday, August 19, 2014

Review Novel - Kahwin Dengan Saya


Novel ni rasanya beli masa pesta buku bulan April hari tu. Ogos baru sampai turn nak baca. Itu pun sebab MC, leh la pulun habiskan laju-laju. Macam biasa karya penulis terkenal memang tak perlu di pertikaikan lagi. Jalan cerita menarik, penggunaan bahasa tak meloyakan memang jiwa saya la. Saya bagi 4.5 bintang. Bagus buat koleksi.

Sinopsis

Qara, anak yatim piatu, di besarkan oleh neneknya dengan hidup sederhana sahaja. Berkawan baik dengan Dhia, anak orang berada dan berpangkat sejak dari bangku sekolah hinggalah dewasa. Qara bercinta dengan abang Dhia, Syahil tetapi perhubungan mereka ternoktah bila Syahil mengikut arahan ibu bapanya yang tidak sukakan Qara. Qara kecewa bila harta menjadi pilihan Syahil dan bukannya cinta mereka. Haq terdesak perlukan ibu untuk anaknya Irham kerana di ugut ibunya. Lantas mengajak Qara berkahwin tetapi umi Haq juga spesies seperti ibu Dhia dan Syahil, yang bencikan Qara. Mereka tetap berkahwin dengan ugutan dari Haq tetapi pelbagai cara di lakukan Qara untuk mengambil hati ibu mertuanya. Ibu Dhia tidak berhenti memfitnah Qara hingga ibu mertuanya bertambah benci. Syahil kembali menagih kasih Qara pabila merasakan pilihan isterinya salah dan adiknya Dhia juga menyokong tindakannya. Qara kecewa bila temna baiknya seolah menggalakkannya bercerai. Perkahwinan mereka di hujung tanduk bila Haq melihat dia bertemu janji dengan Syahil di luar pengetahuannya. Kemudian kehadiran Syifa, ibu kandung Irham yang di katakan akan berkahwin dengan Haq menyebabkan Qara mengangkat kaki keluar dari kediaman itu. Dapatkah perkahwinan mereka bertahan?

Pada yang belum pernah membaca novel ini, saya galakkan anda dapatkannya. Memang berbaloi setiap wang yang anda keluarkan. Tawa dan air mata bersatu sepanjang menghabiskan pembacaan. 

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...