Monday, September 29, 2014

Berhabisan untuk bilik tidur

Salam..
Malam merdeka yang lepas kan kami 3 beranak pergi makan Seoul Garden. Lepas makan jalan-jalan sekitar Autocity. Nampak la kedai jual bed sheet. Ajak hubby masuk sebab memang 2,3 menjak ni hajat nak beli bed linen dan comforter baru. Pilih-pilih, bincang kami beli 3 bed sheet.

1 queen comforter set, brand Dreamy Night 100% cotton. Ada diskaun 70%, jadi harganya RM133.02. Ini pun dah guna. Bedy, sejuk. Yang gambar bawah ni.


1 queen fitted bedsheet, brand Dreamy Night 100% cotton. Ada diskaun 80%, jadi harganya RM50.22. Dah guna, sejuk je materialnya. Best

1 queen patchwork cotton blanket RM129.95. Ni hubby cakap untuk travel atau balik kampung. Selalu balik kampung jenuh cari blanket sebab saya wajib tidur ada blanket. Kalau pergi travel pun, blanket hotel tak cukup untuk memanaskan saya. Sebabkan hubby tahu saya punya masalah, dia beli set ini. Dapat sekali 2 pillow case. Material patchwork ini best sangat. Sejuk je rasa. Nak buat bed sheet pun boleh tapi non fitted la ye.

Kemudian last week, hubby cakap cousin dia nak tumpang tidur rumah. Rumah kami hanya ada 1 katil yang kami guna dan 1 katil single tinggalan kawan hubby masa diorang sewa rumah ini. Katil single kami tak pernah guna. Bilik tu pun dah jadi bilik stor. Niat nak bagi cousin tidur bilik tu. Kami kemas bilik tu. Tilam single memang hubby dah beli tapi tinggal kat rumah mak. Guna masa saya berpantang dan lepas pembedahan baru ni. Nanti nak g ambil tilam pastu misi mencari cadar. Sejak dah kahwin memang suka beli cadar.

Masa cari cadar, saya beli sekali mattres protector. Tak perlu pun benda ni, eh penting kalau ada anak kecik. Kot muntah, diapers leaking takde la tembus tilam ribu riban dan puluh inci tu. Jenuh nak jemur tilam. Berat nak usung jemur. Saya ambil jenama AKEMI. Ada banyak jenis, beza harga dan saya tak tahu mana yang bagus. Tak habis study lagi. Tanya promoter pun macam tak tahu jawab. Maka, ambil yang berkenan di mata. Ada less 50%, jadi harganya RM44.95
After 50% less
Sempat juga grab 2 pillow case AKEMI 100% cotton. Fix price RM15.90 Ini gunanya untuk lebihan bantal di rumah.
Gambar GOOGLE
Bed sheet single? Tak beli pun sebab hubby dapat sms dari cousinnya, tak jadi datang. Sebelum ni kalau beli bed sheet ambil yang paling tinggi diskaun. Tak pernah belek pun material ke apa. Maka banyak la bed sheet di rumah ni yang hubby tak suka. Licin la panas la. Lepas tu saya buat la study tentang cadar ni. Pilihan saya lepas ni Fitted, queen dan 100% cotton.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...