Monday, September 22, 2014

Check up Anas Syauqi 18 bulan

Salam sejahtera..

1/9/2014 Anas menginjak 18 bulan, 3/9/14 sepatutnya tarikh pergi ke klinik tapi memandangkan saya MC dan masalah pengangkutan, saya cuba hubungi klinik untuk tukar tarikh temujanji. Malangnya panggilan saya tidak berjawab. 5/9/14 saya ke klinik tetapi hari itu bukan hari klinik. 15/9/2014 suami cuti, saya ada temujanji orthopaedic pada sebelah pagi. Selesai di sana kami ke klinik pula dan dapat selesaikan pada hari itu juga. Tapi lama la kenan menunggu sebab tak ikut tarikh kan. Dan 18 bulan memang banyak prosedur. macam biasa timbang, tinggi, BMI dan lilitan kepala. Berat tak payah bogel sebab Anas dah boleh berdiri, terus ke elektronik mesin.

Berat : 8.4 kg (+ 200 gram dari 15 bulan) - sudah masuk garisan kuning
Panjang : 77 cm ( + 2cm dari 15 bulan) - atas garisan kuning
BMI : 14.1 (normal)
Lilitan kepala : 46 cm (normal)

Kemudian sesi temuduga bersama nurse. Semuanya mengikut perkembangan. M-Chat saya di minta tanda (ingatkan staf yang kena tanda, kalau tak, dah isi siap-siap). Untuk Anas tak tahu M-chat normal atau tak. Jawapan saya ada Ya, ada tidak. Nurse tak bagi komen apa pun. Ke dia tak tengok. Kemudian ambil nombor giliran, tunggu doktor panggil. Masuk bilik doktor, sesi temuduga lagi. soalan yang sama seperti bilik nurse. Doktor cek lung, testis dan Anas boleh untuk vaksin. Terus ke bilik vaksin dan inject. Anas nangis kejap je. Dan balik.
13/9/15





0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...