Friday, September 12, 2014

Ogos yang awesome - menang contest lagi!

Assalamualaikum.
Ingat lagi entry ini? Kisah gambar Anas menang hadiah saguhati Smiling Baby contest. Di awal bulan Ogos beberapa contest lagi menang. Mula- mula dulu frust juga masuk contest tak menang - menang. Ye la, saya masuk contest untuk paling banyak like dan share. Memang tak akan menang la. Pastu saya move on masuk contest yang letak slogan, caption dan gambar. Yang pemenangnya berdasarkan keputusan juri. Kalau kalah pun tak la kecewa sangat. Ni contest yang saya join dan menang :)

Gene Martino

upload gambar,nyatakan kapsyen, share dan dapat like
Sebenarnya, lepas beli baju kat GM, saja je search kat FB, nak like fanpage, nak tengok produk terbaru GM. Masa beli GM, banyak sangat gift dapat. tumbler, voucher, sampul duit. Dah like FB tengok ada contest. Cakap kat hubby, nanti lepas kita buat photoshoot studio, nak join. Hubby sokong je. Pastu baca syarat, mudah je, tak perlu pun banyak LIKE untuk jadi pemenang. Memang tak expect pun akan menang even saguhati. Hadiahnya apa pun tak tahu sebab memang banyak sangat yang join dan ada contestant dah 600++ like. Lepas raya, buka Fb, tengok pengumuman pemenang. Eh, menang saguhati. Pemenang hadiah utama 38 like je, yg 600++ like tu dapat tempat ke3. Hihihi.. Seminggu lepas tu dapat panggilan dari staf GM, tanya nak pick up hadiah di outlet mana. Tunggu surat dari GM kemudian baru leh pick up hadiah.

Semasa penyampaian hadiah
MamaBabyWorld


Contest ni kali ke dua saya join. Yang pertama dulu kalah. Join kali ni menang. Alhamdulillah. Syarat pun senang je. Upload gambar anak tengah main dengan permainan, namakan produk Fisher-Price, invite 10 orang like. Pemenang di pilih berdasarkan gambar terbaik ikut syarat, namakan produk Fisher-price yang tepat dan minimum ada 10 like. Mudah je kan?
Hadiah sudah sampai

Fair & Lovely Seri Aidilfitri


Seminggu lepas tarikh tutup contest ada update di fb senarai pemenang. Nama saya tersenarai antara 500 terawal menghantar penyertaan dan jawab tepat 3 soalan dan menerima hadiah raya.
Hadiah - produk Fair & Lovely
dan jewelery box

Kleenex


Pertandingan ini mudah je. Komen pada gambar bagaimana kita ambil berat pada orang yang kita sayang, tag orang tersebut dalam komen dan #kleenexsoftness. 50 yang terawal komen dapat hadiah dan 3 akan di pilih sebagai pemenang utama. Seminggu kemudian, kleenex reply pada komen tersebut.
Pek tisu yg leh selit gambar
Fair & Lovely Impian Suria

Contest ni join dengan jawab soalan selepas tonton video di fanpage. Mudah je soalan dan just my luck, saya tersenarai 20 pemenang
Hadiah hanya akan terima selepas contest tamat. Bila contest tamat, saya dihubungi oleh pihak penganjur untuk berikan bukti pembelian.
3 keping tiket wayang

Kuiz Right Meal for Your Child

Join kuiz ni beberapa bulan yang lalu. Tak ingat pun sebenarnya join bila. Tapi beberapa hari lepas surat sampai, katanya early bird token. Kiranya saya jadi 1000 yang terawal. Mudahbje kuiz tu. Mix and match je. Hadiahnya sampel susu.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...