Monday, September 15, 2014

Review novel : Lelaki itu untukku


Di permulaan pembacaan saya agak lambat bergerak dari bab ke bab. Bukan kerana kisah tidak menarik tetapi mungkin kerana sudah 3 minggu saya bertukar-tukar novel, otak jadi tepu. Lepas 4 bab peetama, saya rehat seketika minda, selepas beberapa hari baru lah saya teruskan semula. Tak banyak yang perlu komen. Penulisnya memang dah ada nama dan jalan penceritaannya bukan lah seperti lambakan novel lain di pasaran.

Sinopsis

Orked Harlina, anak tunggal dan juga anak yatim setelah kematian ibunya. Dia tidak dipedulikan oleh ayahnya kerana percaya dia adalah pembawa sial. Ayahnya berkahwin dengan janda anak satu. Orked jadi pemberontak, liar kerana percaya dengan cara itu ayahnya sedar kehadirannya. Dia di tahan di lokap dan abang tirinya, Idlan Riyaz datang menjaminnya dan itu pertemuan mereka yang pertama. Idlan berusaha untuk mengubah sikap Orked. Dia berjaya mengubah Orked tetapi masalah lain pula timbul apabila Orjed jatuh cinta padanya sedangkan dia kembali ke Malaysia dan tinggalkan kekasihnya Nadya di luar negara di sebabkan masalah kesihatannya. Idlan yang menghidap leukimia sama seperti arwah ayahnya. Ayah Orked mula berubah sikap setelah Orked kemalangan dan pertemuannya dengan Rahman membongkar rahsia dan sebab kenapa beliau begitu membenci Orked. Semuanya selesai setelah itu tetapi Orked di uji lagi pabila mengetahui dia orang terakhir yang mengetahui penyakit Idlan. Bagaimanakah Orked menghadapi kematian Idlan? Apakah nasib Em? Siapa Em?


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...