Tuesday, September 2, 2014

Review novel : Pandora buat Insyirah


Salam selasa...
Dah jadi macam kewajipan saya lak buat entri review novel setiap selasa. Sementera tengah cuti sakit ni, laju la membaca. InsyaAllah lepas ni, bila dah habis cuti, saya nak teruskan. Kalau tak dapat setiap minggu, 2 minggu sekali atau pun at least sebulan sekali. Balik pada novel di atas. Novel yang di beli masa pesta buku. Dibeli sebab penulisnya yang memang dah ada nama tapi bukan lah favourite saya. Untuk novel ini, permulaannya agak perlahan. Bila dah dapat rentak baru laju pembacaan. Biasa saja kisahnya, seperti kisah cinta novel lain. Lainnya heroin budak sekolah yang lebih matang dari usianya sebab masalah yang dihadapi. Bagi saya 3 bintang sahaja. Boleh di baca bila kebosanan. Untuk koleksi simpanan tak kot tapi pada peminat Anis Ayuni, boleh la dapatkannya.

Sinopsis
Syira, anak bongsu dari 2 beradik, berusia 17 tahun di duga. Ayahnya menghidap kanser. Apabila ayahnya di masukkan ke wad, menjadi tugas Syira untuk menjaga ayahnya bertukar ganti dengan ibunya. Di hospital, dia berkenalan dengan Dr. Mirza yang merawat ayahnya. Terlalu banyak budi Dr. Mirza semasa menjaga ayahnya. Mereka saling menyukai tetapi bagi Syira pelajaran harus di utamakan. Ekoran itu, masing-masing menyimpan perasaan. Hidupnya di duga lagi apabila ibunya berlaku curang. Ibu dan ayahnya bercerai dan selepas beberapa bulan ayahnya meninggal dunia di hadapan Syira dan abangnya. Dr. Mirza dan Syira terputus hubungan. Selepas 7 tahun mereka bertemu lagi semasa Syira memulakan kerjayanya. Percintaan mereka bertaut kembali dan happy ending.

Cerita ini masa awal meleret, masa ayahnya sakit. Yang bagusnya banyak info penulis letakkan tentang hospital, rawatan. Penulis buat study dan bukan sembarono saja menulis ikut sedap hati. Saya tabik untuk usaha penulis. Saya pernah je baca novel tanpa study dari penulis. Saya bercakap tentang hal hospital, kerana hal itu sahaja yang saya tahu kebenarannya.

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...