Monday, October 27, 2014

AnS Holiday - 28th Birthday | Jerai Hill

Minyak : RM 69
Tol : RM 6.70 x 2
Hotel : RM 255 (diskaun 20% untuk goverment staf)
Check in : 24/10/2014 2.30 pm
Check out : 25/10/2014 11.30 am

Bertolak dari rumah lebih kurang 10 pagi. 11 singgah makan tengah hari di

Restaurant Pohon Kitchen
Restoran yang hidangkan masakan kampung pada waktu tengah hari, western food dan masakan panas pada waktu petang dan malam. Ada pondok untuk makan bersila, kolam ikan dan hiasan dalaman yang cantik. Makanan sedap dan murah. Sirap diberi percuma dan teh ais hanya 50 sen (tengah hari sahaja). Kedai ni buka hingga 12 malam dan tutup hari Rabu. Kami ambil 2 pinggan nasi putih, semangkuk sup tulang, keli bakar, sambal belacan dan2 gelas teh ais. Total harga RM 15.

12 tengah hari sambung perjalanan ke The Regency Jerai Hill dan 30 minit kemudian sampai. Check in jam 3 petang atau mereka akan hubungi kalau bilik tersedia lebih awal. Kami turun semula ke pekan untuk hubby solat Jumaat dan membeli makanan. Perjalanan naik turun ke hotel kena lalui selekoh tajam dan bahaya. Makanan beli siap-siap sebab di puncak cuma ada restoran mereka. Kopak duit kot kalau makan kat situ. Hotel bagi free breakfast je.

2 petang, pihak hotel telefon, katanya bilik dah ready. Lepas check in, perjalanan ke bilik naik turun bukit. Bilik provide breakfast, surat khabar, toilleteries, koettle, coffee, iron, iron board, sejadah, dan mini fridge. Sampai bilik rest jap kemudian bawa Syauqi mandi kolam. Lepas tu jalan-jalan sekitar sini tengok pemandangan. Lepas maghrib rehat je dalam bilik, tengok tv. Siaran tv awal-awal agak teruk. Lepas tu baru ok. Bilik ada Wifi, balkoni untuk lihat pemandangan.

25/10/2014

Pergi breakfast 8 pagi. Pada pendapat saya, perlu pelbagaikan menu sebab hotel ni ada nama. Menu hanya nasi lemak, sambal, kari ayam, bihun putih, bubur dan roti bakar.  Kemudian saya ke Spa untuk body scrub, RM50 untuk 30 minit. Kemudian masuk bilik untuk kemas barang dan check out jam 11.30 pagi. Turun Jerai Hill, kami cari lokasi untuk kudapan. Jumpa Mak su laksa dapur arang di Google dan terus cari guna GPS. Jumpa akhirnya lepas sesat. Order 2 laksa, 1 mi rebus, 1 nescafe ais dan 1 teh halia. Harga RM 13. Laksa sedap, telur sebiji ada dalam laksa. Kuah pekat dan rasa ikan. Boleh datang makan lagi lain kali.

Lepas makan,kami ke Pekan Rabu, Alor Setar. Sekejap je pusing, mahal-mahal harga barangnya. Saya beli fridge magnet. Nasib jumpa yang murah masa dah nak keluar bangunan. Kemudian kami ke Kota Kuala Kedah, lepas jalan-jalan gerak semula ke Guar Cempedak, Restaurant Pohon Kitchen untuk makan malam sebelum bertolak pulang. Menu makan malam kami pula spageti bolognese with meatball, 4 pcs chicken wing, fries, teh o ais, teh o ais laici. Harga Rm26. Alhamdulillah, Isyak kami selamat tiba di rumah.

**gambar masih dalam kamera. Belum transfer. Hanya gambar dari handphone je.

nota kaki :
  • The Regency ada sediakan BBQ, RM20 untuk tapak, RM9 untuk 2 beg arang. Makan bawa sendiri, nak mereka sediakan pun boleh. (+bayaran). 
  • Kalau tak nak drive sendiri naik ke atas, boleh guna khidmat van yang di sediakan di kaki Gunung Jerai dengan bayaran Rm10/head.
  • Juga di sediakan aktiviti lasak, jungle trekking, camping, dan lain-lain. Boleh dapatkan info di kaunter receptionist.
  • Buffet dinner / breakfast RM29 /dewasa
  • Bilik paling best view - pemandangan 206 (superior room - rate bilik paling murah tapi seksa nak jalan ke bilik)
  • Deluxe room - pool view, tak perlu jalan jauh dan liku-liku. Beza dengan Superior saiz bilik dan view je.
  • rajin-rajin tengok website untuk sebarang promosi. Kalau ada promosi boleh dapat harga semurah RM90/night

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...