Friday, October 31, 2014

Rumah baru Anas Syauqi

Salam sejahtera, selamat pagi dan Assalamualaikum. Lama dah saya dan suami survey nak beli bola 100 biji untuk Anas Syauqi main. Cuma berkira-kira nak letak dalam khemah atau pool. Dua-dua ada baik buruk. Kalau beli pool leh guna untuk mandi selain dari tabur bola dalam tu tapi ambil space banyak. Rumah sewa kami ni kecik je. Kami decide beli khemah. Survey, google, tengok fb, instashop untuk range harga sebelum beli. Hubby tak bagi beli online. Jumpa la yang berkenan, nun di IKEA. Bila pula nak pergi IKEA kan?

Hujung minggu lepas dah beli kat tesco benda yang perlu, khemah dan bola 100 biji. Khemah RM79.90 ada 4 pilihan. 1st choice dah sold out. Yang di beli ni pilihan kedua. Bola 100 biji RM39.90
Sampai rumah terus pasang dan Anas Syauqi sangat suka.


Khemah di besar, atas ada 2 lubang, leh jenguk Anas main dari situ. Khemah agak lembik, kalau Anas sandar di dinding khemah memang tumbang khemas dan Anas. Kami letak tepi dinding dan lapik comforter di lantai khemah. Bola kena beli tambah lagi. Tak cukup 100 je. Saya puas hati dengan belian kali ini.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...