Monday, October 20, 2014

Review novel : Hikayat cinta si pematah hati

Karya E-man Sufi yang kedua selepas Suami yang Kubenci tapi dalam semua koleksi penulis, ini novel terakhir saya baca. Nasib la tak ganggu jalan cerita tapi membuatkan saya lebih familiar dengan watak-watak dalam novel. Keempat-empat karya penulis saling berkaitan kisah watak utamanya. Saya memang sukakan hasil penulisannya dan tanpa fikir panjang terus je dapatkan semua naskahnya. Novel ni saya ambil masa yang lama untuk habiskan. Selain dari kesibukan bekerja, dan saya terpaksa mencuri waktu untuk membaca, novel ini juga sangat tebla. Dah lama saya tak pegang novel tebal-tebal kamus dewan ni. Banyak typo error dalam novel ni. Kesilapan ejaan dan kesilapan nama watak. Harap bahagian editing Karya Seni boleh perbaiki di masa akan datang.

Sinopsis

Wafeen tinggal bersama neneknya, mengusahakan kedai buku dan telah 4 tahun bercinta dengan Daniel Elhan tetapi sepanjang tempoh masa itu Elhan tidak pernah memperkenalkan Wafeen dengan keluarganya. Tetapi Wafeen yakin cinta Elham hanya padanya. Ibu Elhan ingin menjodohkannya dengan Zaryn, anak kenalan suaminya untuk tujuan perniagaan juga status darjat keturunan mereka. Rayyan, pulang dari luar negara dan tinggal bersama adiknya Valqis setelah kematian mamanya. Dia membenci papanya kerana telah bernikah dengan orang gaji tanpa pengetahuan ibunya. Dia mempunyai adik tiri. Rayyan dan Valqis menjadi cucu angkat kepada Nek Jah dan Rayyan telah jatuh cinta pada Wafeen walaupun terang-terangan Wafeen mengaku sudah ada teman. Zaryn bertindak memmutuskan hubungan Daniel Elhan dengan Wafeen setelah dia bertunang dan ini memberi jalan kepada Rayyan untuk memikat Wafeen. Mereka berkahwin hinggalah Daniel mengetahui kakak iparnya adalah bekas teman wanitanya. Dia telah melakukan berbagai cara untuk memisahkan mereka dan dia berjaya. 

Sinopsis saya buat ni sangat tunggang langgan tapi percayalah susunan penulis memang cantik dan sangat banyak plot dan adengan. Saya hanya buat ringkasan dari keseluruhan cerita tetapi banyak lagi watak yang memaniskan jalan cerita ini. Percayalah, tak rugi membelinya. Saya bagi 4.9/5

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...