Friday, October 17, 2014

AnS Holiday - weekend with BFF + Review Swiss Inn

Assalamualaikum..
Hujung September yang lalu, saya dan teman bercuti. Percutian yang singkat sebenarnya. Planning sejak sebulan dan kami memilih untuk tinggal di Swiss Inn, Sungai Petani. Lokasi di tengah-tengah antara kami bertiga. Selepas pilih tarikh, saya membuat tempahan bilik di website hotel tersebut. Selepas buat pembayaran saya hubungi pihak hotel untuk pengesahan. Saya berjaya booking tetapi bayaran saya tidak di terima kerana pembayaran hanya menggunakan kad kredit. (saya bayar guna debit kad) Kami dapat harga RM136 / bilik berbanding dengan harga asal RM160 / bilik jika booking by phone.


At last, bilik di tempah cuma pembayaran di lakukan pada hari check in dengan harga yang sama + breakfast (harga walk in lebih mahal dari harga online). Hari kejadian, saya sampai jam 2.15 petang. Check in jam 3 petang. Di kaunter saya di maklumkan bilik yang saya request full. Saya request king superior room. Sebelum manager sampai, receptionist tak inform pun bilik king fully book. Kata manager saya akan di beri bilik double single dengan harga yang sama tapi tingkat berasingan dan bilik tersebut hanya akan siap dalam tempoh 30 minit. Saya berkeras mahu kan katil king juga dan level yang sama ketiga-tiga bilik.

Kemudian saya minta hubby yang bercakap dan akhirnya saya di beri 1 bilik king, 2 double single di 2 tingkat yang berlainan. Untuk 2 bilik double single, sudah ready dan boleh masuk tetapi bilik kami kena tunggu lagi sejam, sekitar jam 4. Saya lepak di bilik kawan saya dahulu. Jam 4 hubby datang hulur kunci dan kami keluar pergi makan tanpa masuk ke bilik. Masa tengah makan, saya di hubungi staf hotel, katanya saya di tukarkan kepada bilik lain sebagai tanda minta maaf. Dari superior room king bed, saya diberi junior suite yang harganya RM280. Lepas check in kami terus ke swimming pool. Anas Syauqi yang pantang nampak air. Dah ketar-ketar pun nak rendam lagi.
junior suite


Esoknya lepas check out kami bawa haluan masing-masing. Semua pun ada hal. Musim hujan, check in hotel terperuk dalam bilik je. Nak rendam swimming pool pun tak leh.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...