Hukum Korban
Hukumnya ialah sunat muakkad.
Namun, ia boleh jadi wajib dengan 2 sebab, iaitu:
1) Apabila seseorang mengisyaratkan
kepada binatang miliknya yang sesuai untuk korban, seperti dia
menyatakan: “Ini korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini”.
Ketika itu korban menjadi wajib ke atasnya.
2) Apabila dia mewajibkan ke atas
dirinya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan korban.
Seperti dia berkata: “Wajib ke atasku korban kerana ALLAH”. Ketika
itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan
mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut
merupakan nazar yang wajib ditunaikan.
Siapakah Yang Dituntut Untuk Berkorban?
Ibadah korban dituntut bagi seseorang yang mempunyai syarat-syarat berikut:
1) Islam
2) Baligh dan berakal.
3) Berkemampuan: Dengan memiliki harta
yang lebih untuk korban iaitu melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan
mereka yang di bawah tanggungannya samada makanan, pakaian dan tempat
tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.
Syarat-syarat Binatang Korban
1) Umur
Bagi unta, umurnya mesti sudah memasuki tahun ke-6. Bagi lembu dan kambing (al-maiz), umurnya mesti memasuki tahun ke-3.
Manakala bagi kambing biri-biri
(al-dho`nu), umurnya mesti memasuki tahun ke-2 atau gigi hadapannya
telah gugur (kerana bersalin gigi) walaupun belum sampai satu tahun.
2) Selamat (tidak cacat)
Apa Yang Dibuat Dengan Korban Selepas Disembelih?
1) Sekiranya korban itu wajib, samada
dengan nazar atau ditentukan sebagaimana dijelaskan di atas, maka tidak
harus bagi orang yang melakukan korban dan mereka di bawah tanggungannya
memakan daging korbannya itu. Jika salah seorang daripada mereka
memakan sedikit daripadanya, maka hendaklah diganti dengan daging lain
atau dibayar dengan nilaian (sekadar daging yang dimakan itu).
2) Sekiranya korban itu sunat, harus
baginya makan mengikut kadar yang dikehendaki dengan syarat dia
hendaklah bersedeqah sedikit daripadanya. Yang paling afdhal ialah
makan sedikit untuk keberkatan dan bakinya disedeqahkan. Harus baginya
makan 1/3, dan 1/3 disedeqahkan kepada fakir, dan 1/3 lagi dihadiahkan
kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran sekali pun mereka adalah orang
kaya.
Apa yang diberikan kepada orang kaya, ia
adalah hadiah, maka tidak boleh dijual oleh orang kaya itu. Dan apa
yang diberikan kepada orang fakir adalah untuk dimilikinya. Oleh itu
dia bebas samada hendak memakannya atau menjualnya.
3) Bagi orang berkorban, dia boleh sedeqahkan kulit binatang korbannya
atau dimanfaatkan untuk dirinya sendiri. Tetapi tidak boleh dijual atau
diberikan kepada penyembelih binatang korban sebagai upah kepada
penyembelihannya. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan
kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadah korbannya.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)