Peminat novel semua, boleh la dapatkan novel ini di pasaran. Saya bagi 4.8/5.
Sinopsis
Ayyad dan Awatif di tunangkan sejak kecil tetapi Awatif tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Ayyad pula hanya mengetahui setelah berpindah ke sekolah yang sama dengan Awatif dan dia selalu mencari masalah dengan Awatif yang menjadi pengawas di sekolah mereka. Awatif tidak menyukai Ayyad. Baginya Ayyad lelaki perasan, romeo, perokok dan pandai berlakon. Tiada satu pun ciri-ciri yang ada pada Ayyad yang di gemarinya. Mereka tidak bertemu selepas Ayyad menamatkan persekolahan kerana masing-masing meneruskan pelajaran di luar negara. Apabila Awatif menamatkan pelajaran, keluarga mereka ingin melangsungkan perkahwinan mereka dan Awatif terkejut. Ayyad yang masih dengan tabiat lamanya, bertukar-tukar wanita, tiada masalah untuk berkahwin kerana dia memang cintakan Awatif. Laila, salah seorang teman Ayyad tidak dapat menerima hakikat Ayyad akan bernikah dengan junior mereka, bertindak menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan Ayyad. Mampukah perkahwinan mereka bertahan dengan pelbagai dugaan? Ilmu hitam dan pelbagai perbezaan antara mereka?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)