Monday, October 13, 2014

September yang hebat | contest

Kalau bulan Ogos saya menyertai beberapa contest dan ada beberapa nya menang. September tak kurang juga. Pembukaan awal September bukan lah menang contest tapi menjadi yang bertuah apabila saya join satu group novel dan menjadi ahli yang ke 299. Hadiahnya set pinggan mangkuk kaca tapi sampai ke tangan saya semua dah pecah. Takde rezeki.

Teka harga breast pump

Contest ini anjuran PumOnTheGo. Mudah je. Teka harga dan just my luck, banyak tekaan saya dan salah satunya betul.


2 hari lepas announce pemenang saya dah terima hadiah. Sungguh effisen (betul x eja). Ni hadiah saya dapat, Lacte disposable breast pad.

Kleenex Share the softness

Contest ni sama seperti yang saya menang pada bulan Ogos. Komen, tag dan #. Saya jadi 50 yang terawal dan dapat hadiah. Bulan September saya menang 3 special prize. Aim nak menang salah satu grand prize. Special prize tiada limit, siapa pun boleh menang, grand prize je sorang leh menang satu. Hadiahnya seperti bulan lepas, sekotak tisu.

Nestle Lactogen

Pihak Nestle hantar email dan minta jawab soalan dan saya menjadi 300 respondan pertama yang beri maklumbalas. Sebagai penghargaan, saya diberi satu pek susu Lactogen Grow 3 600gram.

E-mum Shop


Contest anjuran E-mum Shop, mudah je. Komen 'saya nak', kemudian share. First time saya menang contest like dan share ni. 2 hari lepas umum pemenang, hadiah pun sampai. Sungguh pantas.


2 comments:

  1. Bestnya join contest. kalau menang, lagi double best.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...