Friday, November 14, 2014

Baby & Kidz Fair

Sempat pergi event ini walau dah agak bagaimana hasilnya. Kecewa. Setiap kali expo anjuran Linkz Event memang kecewa. Dengan goodie bag penuh junk food, coligne johnson dan sanitary wipe + puding sebab share fanpage. Booth yang sama je setiap kali event. Mahal-mahal semuanya. Yang murah barang longgok la. Rompers, bips, stokin, pants, shirt yang berebut nak pilih pastu stick 1 saiz je yg ada. Stroller, breastpump, feeding bottle dan mamypoko. Itu saja. Seminggu sebelum tu dah cakap kat hubby tak nak pergi sebab dah boleh agak camna. Nak murah pampers tengok je smart shopper mall mana buat diskaun. Nak baju murah? Tesco pun ada. Feeding bottle tak guna dah. Breast pump, nursing bra semua pun dah ada. Tapi saya ajak jugak hubby pergi. :-D

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...