Monday, November 17, 2014

Review Novel : Sah, Aku Cinta Kamu

Saya dah jatuh cinta dengan karya Hezzy Azra dan nak kumpul baca semua karyanya. Belum complete lagi. Masih mencari. Ini karya ke3 dalam koleksi saya (jika tak silap). Apa yang dapat saya simpulkan, novel ni best,menarik. Gaya bahasanya memang kena dengan jiwa saya. Jalan cerita yang tidak cliche even ada la sama dengan beberapa kisah lain tapi keseluruhan cerita memang tak de copy paste. Juga ada watak yang saya kenal dari novel terdahulu.

Sinopsis
Raif dan Irdina berkenalan di hospital dan melanjutkan hubungan mereka. Raif, lelaki tampan, siweet talker dan di kelilingi wanita. Irdina tinggal berdua dengan mamanya, Yasmin dan mula tertarik dengan Raif tetapi Raif tidak pernah meluahkan perasaan dan dia sedar Raif punya ramai teman. Datin Raudhah, ibu Raif, tertarik pada Irdina setelah Raif membawanya pulang dan melamar Irdina tanpa pengetahuan Raif. Satu adengan membuatkan mereka sedar yang mereka saling memerlukan dan mereka bahagia dengan perkahwinan mereka. Namun, ujian demi ujian mendatang hinggakan menggoyahkan mahligai yang mereka bina. Dapatkah perkahwinan mereka di selamatkan?

Saya bagi rate 4.8/5.Novel sesuai untuk koleksi.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...