Friday, November 7, 2014

Kami ke Bukit Bendera

Assalamualaikum...
Weekend yang lepas, kami 3 beranak ke Bukit Bendera. Bertolak lepas makan tengah hari, lebih kurang 3 petang dan dengan bantuan GPS sampai 30 minit selepas itu. Saya beli tiket, sementara hubby parking. Harga tiket RM8 seorang dan percuma untuk kanak-kanak kurang dari 3 tahun.

Dah beli tiket, beratur la tunggu turn nak masuk gerabak keretapi. Keretapi dah sampai berebut la masuk tapi kami kurang nasib baik, berdiri la. Ada yang bagi tempat duduk sebab kami ada anak kecil. Keretapi jalan laju, berdiri pun tiada masalah sebab kejap je dah sampai.

Dah sampai, jalan - jalan la, snap photo, beli air, pergi toilet. Banyak tempat dalam pembinaan. Puas jalan, pergi semulan stesen nak tunggu keretapi sampai. Nasib kami baik, dapat duduk 😀





Tips :
  • Beri Mykad pada tukang beli tiket. Harga RM8 hanya pada pemegang Mykad dan tiket di keluarkan mengikut bilangan Mykad. Tiada Mykad RM30. 
  • Parking jauh. Jarak antara pintu utama dengan parking yang disediakan memang jauh. Pastu jalan nak menapak dari parking ke entrance curam. Cara kami, hubby drop saya dan Syauqi, then dia cari parking. So, dia sorang je jalan jauh 😁
  • Bawa air masak / mineral. Kat atas confirm dahaga sebab jalan mencuram, jauh dan panas. Makanan / minuman yang dijual harga tidak berpatutan.
  • Beli souvenir di bawah, berhadapan tempat jual tiket. Lebih murah dan boleh nego 
    6 terawal BUKAN
    di beli di Bukit Bendera.
    4 RM10. Harga agak murah.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...