Novel yang sangat lambat saya baca, mengambil masa yang lama untuk melompat dari bab ke bab. Gaya penulisannya seperti Hlovate dan saya jumpa perkataan inggeris yang di melayukan, "kensel". Saya tak tahu wujud ke tidak perkataan tu dalam kamus dewan. Kalau tak wujud, JS perlu kemaskini bahagian editing. Juga beberapa perkataan yang saya belum pernah jumpa, contohnya "lembam". Perkataan "lembam" banyak digunapakai dalam novel ni.
Sinopsis
Tia berpindah ke sekolah baru dan duduk di sebelah Sam yang berkawan baik dengan Rex, Rex sangat dingin dengan Tia kerana Tia adalah gadis yang dicintainya dalam diam, jatuh cinta pandang pertama setahun yang lalu. Hari demi hari mereka mula berkawan tapi masing-masing sembunyikan perasaan. Mereka janji untuk jumpa pada hari terakhir SPM dan Rex berhasrat nak luahkan perasaan tetapi Tia tak datang sebab ababgnya kemalangan. Rex ingat Tia tidak sukakannya dan terus jauhkan diri dari Tia. Tia pula tak menghubungi Rex. Selepas SPM, mereka menyambung pelajaran di Melaka. Kebetulan, teman baik Tia adalah housemate Rex dan dari situ mereka berjumpa semula.
Lastnya leh agak la kan.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)