Anas Syauqi menginjak 1 tahun 9 bulan bersamaan 21 bulan. Alhamdulillah, makin cerdik, mulut makin petah berkata-kata. Perkataan yang di sebut kebanyakannya bermula huruf A. Antara yang dah sebut ayam, abah, ayah, ama (mama), angkat, acit (sakit), bebe (belon), pu (lampu), pom (pecah), miaw (kucing), nenen, bangun.
Lagi sebulan,kami sambut anniversary yang ke4. Banyak yang terjadi tahun ini pada perkahwinan kami dan alhamdulillah kami masih bertahan dan perbaiki salah dan silap kami. Banyak anasir luar yang ganggu hubungan kami baik dari manusia juga benda halus. Benda tak baik tak mau la ingat dah. Itu la serba sedikit perkara kurang manis 2014 buat saya. Tidak kurang juga perkara terbaik berlaku pada kami. Paling besar, beli rumah kemudian destinasi cinta kami bertiga pertengahan tahun 2014 dan banyak lagi.
2015 sudah saya plan beberapa agenda. Moga Allah permudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)