Assalamualaikum.
Awal Disember lepas birthday hubby. Macam biasa, bila tiba je birthday kami akan menginap di hotel. Tahun lepas di Batu Feringgi, tahun ni kami ke Taiping. Hujung tahun, musim hujan, cuti sekolah memang tak mampu nak pergi jauh. Yang penting bersama yang tersayang 😝
Seperti biasa, survey hotel. Hotel yang kami menginap ni lama dah aim nak check in. Ada rezeki kali ni. Call sebelum cuti sekolah lagi nak booking, almaklum la, cuti sekolah biasanya fully book. Pilih bilik idaman hati diberi nombor booking dan DONE. Tak perlu duit booking. Risau juga, kot dah sampai receptionist katanya fully book pula. Sebelum bertolak, saya call semula untuk confirmation.
Waktu check in 3 petang dan kami sampai on the dot. Hujan lebat sepanjang perjalanan. Kejap je proses check in. Perlu bayar RM200 termasuk deposit. Masuk bilik, SubhanaAllah, cantik sangat pemandangan.
Bilik sederhana besar. Katil king, coffee table, LCD TV, air cond. Tiada fridge dan almari baju. Hanya di sediakan tempat menggantung baju. Bilik air di asingkan shower dan toilet dengan cermin. Berus gigi 2, sabun ketul, shower cap, laundry bag dan tisu roll. Sabun juga disediakan di shower room tapi macam tak berfungsi je.
Lepas rehat dan solat, hujan dah berhenti, kami pergi zoo. Harga tiket RM 18. Kami bayar RM13 (sebab hubby warga Kerian). Kemudian beratur tunggu train untuk pusing zoo. Tapi sampai 2 train masih belum sampai turn kami. Hubby ajak jalan kaki, baru je jalan, hujan. Payung tak de. Jalan semula tunggu train. Kan dah kebelakang turn jadinya. Zoo luas, kalau jalan kaki memang sangat penat. Nasib baik la naik train. Zoo ini perlu banyak renovation. Kebersihan, keselamatan perlu di perbaiki. Haiwan pun banyak tiada. Tujuan kami pergi zoo hanya untuk Syauqi.
Keluar zoo, beli souvenir, snap photo.
Kemudian kami pergi makan Yong Tau Foo, belakang bomba. Destinasi popular dan wajib singgah, favourite hubby. Habis makan, balik hotel rehat. Esoknya turUn breakfast. Banyak pilihan makanan dari light ke heavy, dessert pun ada. Lepas breakfast naik bilik tukar baju dan mandi kat swimming pool di rooftop hotel.
Lepas mandi, kemas barang check out dan pusing sekitaR hotel snap photo. Next destination, JJCM. Kami ke Kuala Gula, mencuba ketam lembut.
Pertama kali buat saya. Perut masih kenyang, hanya pesan sup ayam dan ketam celup tepung. Komen saya, seafood lover perlu cuba. Sedap, rangup. Saya suka ketam tapi tak suka kopek kulit tapi yang ni makan je dengan kulit. Seekor RM 8, kecil je saiznya. Lepas makan bergerak pulang ke rumah.
Saya sangat puas hati dengan hotel ni. Recommended dan rasa nak datang lagi stay sini. Dengan bayaran RM158 (gov staff rate), king size bed, premier lake view room, breakfast for two dan newspaper. Receptionist mesra, murah senyuman. Pintu hotel di bantu buka, WiFi tip top, parking limited tapi leh je park sekitar hotel. Ada swimming pool dan lif. Boleh booking by phone tanpa cas cuma simpan nombor booking untuk urusan bilik dan jangan lupakan pas kerja anda jika anda government staf.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)