Friday, December 5, 2014

Proses Beli Rumah

Salam.. entri ini berdasarkan pengalaman saya beli rumah menggunakan loan kerajaan. Untuk rujukan saya dan juga orang lain. Pengalaman orang lain mungkin berbeza. Entri ini juga bukan lah untuk bermegah atau tunjuk riak. Harap dapat membantu orang lain yang memerlukan gambaran bagaimana pembelian rumah menggunakan pinjaman kerajaan. Penghujung tahun 2013, ayah suruh apply rumah di SD. Masa hantar borang katanya 141 unit saja yang di tawarkan, tapi yang mohonnya ramai. Tak pe la, ada rezeki kami, ada la.

April 2014, dapat call untuk pilih unit dan bawa dokumen untuk proses selanjutnya. Kebetulan Isnin berikutnya kami cuti, terus buat appointment. Dokumen yang perlu masa pilih unit - ic, slip gaji terkini, surat confirm kerja, kelayakan pinjaman perumahan. Lepas submit dan pilih unit rumah saya akan di panggil dalam masa 3 hari untuk sign offer letter. Lepas 3 hari dapat call. Lepas sign offer letter, saya di maklumkan pihak lawyer akan call dalam masa 2 minggu untuk sign S&P. Dalam masa ni dah boleh isi online website.
Masuk minggu ke 3, belum ada panggilan dari pihak lawyer, saya call developer dan diminta call sendiri ofis lawyer. Katanya S&P dah siap dan boleh buat temujanji untuk datang sign. Discuss dengan hubby date nak g sign. Actually nak pergi sign sorang pun takde masalah, leh je saya claim hour petang pergi sign tapi hubby nak juga ada masa tu. So, kami pilih date hujung bulan tu. Sambil menyelam minum air. Date yang sama ada Baby Fair. Nak pergi sign kena bawa bank draft RM3000 dan lawyer fee lebih kurang RM4900

May 2014 sign S&P di ofis lawyer + payment lawyer fee dan deposit rumah. Dapat checklist dokumen apa yang perlu sedia. Pergi ofis tunjuk list tu dan dpt list dari ofis lak untuk dokumen yang perlu sedia sebelum ofis keluarkan surat.

Penghujung Jun 2014, saya call ofis lawyer update hal rumah. Katanya S&P dah boleh datang ambil.
Awal Julai saya pergi ambil S&P, berserta dokumen untuk submit loan kerajaan. Saya beri password SPPB untuk lawyer semak data. Petang tu jugak lawyer call, rupanya yang saya buat tempoh hari tak di simpan. Saya buat sekali lagi. Banyak call lawyer tanya mana yang tak tahu. Dah siap isi, lawyer dah semak dan boleh hantar untuk permohonan pinjaman. Saya sertakan sekali bukti bayaran wang proses (resit maybank2u) semasa 'submit' permohonan pinjaman.

Kemudian, saya sertakan salinan dokumen mengikut senarai yang ofis beri beserta resit bayaran wang proses untuk dapatkan surat iringan. Esoknya terus hantar ke pejabat tetapi ada surat dari Lawyer tiada cop. Waktu break saya ke ofis lawyer untuk dapatkan cop. Lepas rehat hantar semula ke pejabat. Staf yang incharge tentang perumahan inform yang pihak hospital akan hantar permohonan pinjaman. Selepas itu saya call lawyer inform yang ofis akan hantar permohonan pinjaman perumahan sebab sebelum ni saya minta pihak lawyer yang hantar kan. Saya tak tahu yang hospital nak uruskan sendiri. Kemudian call pemaju inform benda yang sama dan tentang bayaran wang beza (baki dari harga rumah).

Staf pemaju beritahu saya yang saya perlu sertakan surat tentang bayaran wang beza masa nak submit permohonan pinjaman. Sekali lagi saya ke pejabat dan hantar surat tersebut. Surat tu lawyer email kan kepada saya untuk di tanda tangan. Staf ofis kata mereka akan call kalau pinjaman dah lulus. Esoknya saya ke bank untuk buat bank draft wang beza untuk di serahkan kepada pemaju. Minggu berikutnya saya serahkan bank draft wang beza kepada pihak pemaju. Hujung bulan Julai, staf pejabat call dan inform pinjaman perumahan diluluskan. Lepas cuti, saya kena pergi jumpa dia. Alhamdulillah..

Lepas dari bercuti saya berjumpa dengan staf tersebut. Saya di berikan surat kelulusan pinjaman dan borang 'setuju terima pinjaman perumahan' yang saya dan ketua jabatan perlu tandatangan. Masalahnya borang tersebut perlu di hantar semula ke SPPB 2 minggu dari tarikh surat tersebut di keluarkan. Tetapi, tarikh semasa surat ada di tangan saya sudah melepasi 2 minggu. Dan saya cuma tinggal 2 hari (sebelum saya menjalani pembedahan) untuk dapatkan tandatangan ketua jabatan. Menariknya, ketua jabatan saya bercuti panjang. Stress melanda! Saya hubungi pegawai atasan saya untuk penyelesaian dan selepas naik turun tangga, jumpa dia dan dia, 2 hari kemudian saya dapat tanda tangan. Dalam masa yang sama, suami hubungi SPPB untuk isu tarikh melebihi 2 minggu. Tips (jangan call, email sahaja untuk respon yang lebih pantas). Dari makluman mereka, boleh diterima jika melebihi 2 minggu, cuma jangan lewat sangat.

Selesai tandatangan,saya pulangkan surat tersebut pada staf pejabat untuk pos kepada SPPB. 2 minggu selepas tu (pertengahan Ogos), pihak lawyer call saya, saya perlu ke sana untuk sign beberapa dokumen dan bayar pihak peguam untuk kos pinjaman. Minggu yang sama saya ke pejabat lawyer untuk urusan tandatangan dan bayar kepada peguam RM 2430 untuk urusan pinjaman perumahan. Beberapa minggu selepas itu saya email SPPB samada sudah terima atau tak balasan surat saya. Dan dapat balasan keesokan harinya. Penghujung November, terima invois dari pemaju tentang bayaran yang saya dah buat awal dahulu. Status rumah dah 80% siap.

November 80%

4 comments:

  1. thanks for sharing..ain skrg ni pn tgh prosess beli rumah..guna loan gov..tp atas nama husband la..skrg ni tgh tgu loan approve je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome ain.. Miza share sebab rasa berguna sgt. Masa miza nak apply, merata cari sumber

      Delete
  2. Salam sis miza..sy nk tnye...yang Surat kelulusan n Surat setuju terima tu pihak sppb yang poskan kepada peminjam atau pihk pemaju yang bagi dekat peminjm?slps loan sy lulus saya xde terima pon lg srt kelulusan..SRT setuju terima tu pon sy download sendri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak SPPB hantar ke ofis tempat kerja saya surat kelulusan bersama dgn surat setuju terima.

      Delete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...