Friday, January 16, 2015

Disember - contest, giveaway dan free sample

1 Disember hari bertuah apabila 4 contest / giveaway announce keputusan dan 2 daripadanya saya tersenarai.

Hi5

Nyatakan kenapa nak menonton Hi5 dan beri details di fanpage Mom & Baby Expo. Saya antara 40 pemenang yang menang 4 keping tiket wayang. Malangnya tarikh tayangan filem tu kami ada urusan lain. Bukan rezeki kami.

Natalina - Product from Canada

Fanpage produk tersebut minta attach gambar anak tengah fun outing. Saya letak 3 gambar Anas dan gambar kami di Cherating antara yang tersenarai. 2x dah menang dengan gambar tu. Memang bertuah gambar tu.


Dutch Lady 123


Bulan Oktober yang lepas, saya terima kad birthday dari Dutch Lady dan di minta SMS untuk pemberian susu DL 350g untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas.

Free sample Sofy dan Bambo diapers

Ini dapat melalui request di fanpage mereka.

i Love JOHNSON'S baby

Beri pendapat berkenaan soalan yang mereka berikan dan 2 orang pemenang akan di pilih. Di bawah ini pendapat saya dan saya di pilih :)



LINElah

Download applikasi LINE di telefon dan friend dengan LINE EVENT. Nanti akan keluar notification. Keluar je noti tu terus taip LINElah, kalau bertuah dapat la hadiah. Saya bertuah masa hadiahnya 100plus. dapat kupon dan tebus di BHpetromart. Malangnya masa saya pergi tu stok 100plus dah habis dan di ganti dengan air-air lain. Saya ambil Lipton ice lemon tea + peach kot. Lupa nak snap. Untuk LINElah ni saya dapat 3x, kali kedua hasut hubby suruh install jugak dan dua-dua dapat. Kali ke3, xde rezeki, pergi banyak BHPetromart tapi barang out of stock.
G

#followWYETHNutritionMY

Follow Wyeth Instagram, screenshot bukti yang kita dah follow dan tunjukkan kita follower ke berapa lepas tu post kat Instagram sendiri bersama dengan hashtag dan tag mereka. Akaun haruslah Public. Saya antara yang 100 terawal follow mereka.


Wardrobe Ummi


FB Wardrobe Ummi anjurkan contest, cara-cara nak join, like Fanpage, follow Instagram, Like dan share gambar di atas, komen pada gambar 'SAYA DAH LIKE and FOLLOW' beserta no telefon dan email. contest kali ni join tak de la saya sungguh-sungguh share sampai penuh wall. Rasanya 3 kali je kot share, tapi saya ikut la semua syarat-syaratnya. Masa nak umum pemenang, saya dapat whatsapp katanya shortlisted sebagai pemenang dan di minta bagi ID FB dan IG. Kemudian diminta screenshot bukti dah follow IG dan FB. Alhamdulillah, saya terpilih. 


Free sample Olay

Tak ingat bila request, dapat krim Olay.


#LibresseYES


Anjuran fanpage Libresse, perlu komen dan #LibresseYES di setiap gambar dan soalan yang di ajukan. Merepek je jawapan yang di berikan bila tengok balik tapi dah rezeki kan. 

kad starbuck ada RM50 :)

Alhamdulillah rezeki, mana-mana hadiah yang dapat saya kongsi dengan orang lain. Mana yang saya nak guna, saya ambil, mana yang tak, saya sedekah pada saudara dan kawan. Saja suka-suka join contest, dah rezeki menang, kongsi bersama yang rapat dengan saya.

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...