Sunday, February 1, 2015

1st February 2015


Bulan depan birthday Anas,
Mama tengah pening 
pasal preparation birthday.
Katanya sama pening
macam dia nak kahwin dulu
😝

1/2/15, kejap je masa berlalu, dah masuk bulan Februari. Saya rasa pening saya non stop sepanjang tahun. Lepas selesai sambutan anniversari 1st Januari, fikir nak buat birthday Anas pula. Saya ambil masa 2 bulan untuk preparation. Saya tak suka kerja last minute. Harap semua jadi seperti yang di rancang.

Anas Syauqi 1tahun 11 bulan hari ni, kejap je anak mama dah besar. Mulut bising bercoleteh itu ini. Setiap hari belajar benda baru, sebut perkara baru. Kenal kenderaan, barang, haiwan, anggota baDan. Boleh sebut, minta apa yang dia nak. Kenal mama, abah, dan ahli keluarga lain.

Masih breastfeeding. Alhamdulillah, tercapai hasrat saya nak menyusukan Anas dari lahir hingga 2 tahun tanpa campur apa-apa susu formula. Hajat nak bagi homemade food hingga 2 tahun tak berjaya. Bertahan hingga 1 tahun 6 bulan je. Itu pun saya dah bangga πŸ˜€. Cuma sekarang masih jaga, tak bole makan gula-gula, junk food. Ais krim hanya leh rasa hujung sudu. 

Perkahwinan saya bertambah usia sebulan. 3 tahun 1 bulan, tiada beza, kami masih suami isteri merangkap kawan baik, teman suka duka. Dia imam saya di rumah. Dia membantu saya menguruskan anak. Dia bertolak ansur jika saya malas masak on weekend, dia tolong sidai baju lepas saya basuh. Dia ikut saja kehendak saya nak pergi window shopping on weekend walaupun setiap minggu kami pergi destinasi yang sama. I love u hubby 😘

Happy February πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

2 pendapat:

Wonder Woman said...

Salam miza, saya google pasal scan 3D di penang dan jumpa post lama awak. Boleh tau tak nama and location klinik tu? Kalau boleh email sy purplekiwi90@gmail.com thanks in advance :)

MizA said...

Saya dah email

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...