Novel yang di beli beberapa bulan lalu, giliran untuk baca baru sampai. Novel di beli tanpa baca sinopsis tetapi di beli kerana penulisnya. Penulis yang boleh di katakan 100% karya tidak menyesal beli. Ternyata tepat sangkaan saya, bila mana saya rasa puas selepas tamat selakan ke helaian terakhir dan mulai rindu watak utamanya. 4.9/5 bintang.
Sinopsis
Ju berkawan lama dengan Rizan, semasa belajar dan antara kawan lelaki yang rapat dengannya. Sehingga 6 tahun usia hubungan mereka dan di desak untuk bertunang oleh keluarga. Ju tahu dia tidak cintakan Rizan tetapi setuju untuk bertunang kerana baginya mungkin cinta akan datang kemudian. Rizan, si anak emak memang dari dahulu cintakan Ju. Baginya Ju ingin dijadikan isteri. Megat, abang tiri Rizan yang sombong dan kekurangan kasih sayang pulang dari Paris selepas 6 tahun dan membuka cafe di Malaysia. Pertemua pertama Ju dan Megat adalah pada 6 tahun lalu. Megat jatuh cinta pandang pertama pada Ju tetapi memikirkan Ju teman wanita Rizan dia nekad berkahwin di Paris etapi bercerai 2 tahun sebelum pulang ke Malaysia. Apabila pulang dan melihat Ju dan Rizan belum berkahwin, dia nekad meluahkan perasaan. Megat tidak bertepuk sebela tangan apabila Ju juga mencintainya. Bagaimana mereka berdua ingin berdepan dengan keluarga mereka? Dapatkah Rizan menerima hakikat kekasihnya mecintai abangnya?
Peminat Aisya Sofea mesti dapatkan novel ini, novel ke 13 AS.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)