Friday, February 6, 2015

Januari 2015 - contest, giveaway, freebies, free sample

Alhamdulillah, masih di murahkan rezeki untuk memenangi beberapa giveaway pada bulan ini.

N_aurora_store

Giveaway di Instagram yang konsepnya Like, repost dan Tag. Rasanya sebulan juga giveaway ni berlangsung. Seminggu ada la 3 kali saya repost. Alhamdulillah, awal pagi 1/1/15 diumumkan saya sebagai pemenang. Berkat anniversary kot.

Nasi arab dan kain pasang

Kicap Jalen

Giveaway kot, FB Kicap Jalen minta komen negeri dan 2 orang setiap negeri akan di pilih untuk terima diari atau buku nota. Saya guna 6 akaun FB komen dan salah satunya terpilih.



Wardrobe Umi

Kali kedua saya menang giveaway anjuran fanpage ni. Tapi kali ni giveaway ada 2 pemenang. 1 di FB, 1 di Ig. Dua-dua saya join dengan gigihnya sebab memang nak menang. Suka sangat kain cotton yang dapat hari tu. Sejuk dan lembut ja. Recommend fanpage WU ni sebab servis sangat pantas.


Elite Edge Efx

 Saya jadi 5 yang pertama.

Babylove Malaysia

Like fanpage Babylove, share gambar atas ni dan tag rakan ada minimum 10 orang.


Baucar Tesco dari PR Labs

Saya tak tahu ini menang giveaway / contest atau request. Memang tak ingat. Dapat sampul kandungan baucar. Cuma ada address di sampul kurier dari PR labs.


SOFY360

Contest di FB, beri komen tentang produk mereka. Dan saya menang saguhati. Pagi umum pemeneng, petang tengok hadiah dah sampai. Sungguh pantas.


L'Oreal

Request di FB (kot,lupa dah)


Sustagen poll

Giveaway ni sama seperti yang pos beberapa bulan lalu. 200 terawal menjawab dapat gift. Kali ni saya guna 4 akaun FB dan semuanya 200 terawal. Pastu jenuh fikir nak guna alamat mana.
** update April 2015, jumlah keseluruhan bento box saya dapat 9 buah. 
3 je saya ambil
warna biru, merah, dan kuning. 
Lain-lain sedekah.


Kia Malaysia

Giveaway di FB, komen dan tunggu jika bertuah akan dapat kalendar dari mereka. Guna 6 FB dan 2 terpilih.


Vaseline

Request sample di website Vaseline akhir tahun lepas, rasanya dalam oktober tetapi sehingga Januari sample tak sampai sedangkan rakan-rakan lain dah terima. Saya juga dapat email yang menyatakan sampel saya dah sampai tetapi tiada. Saya balas beberapa kali dan akihirnya menyatakan yang Pos Malaysia return. Saya post email di FB Vaseline tentang masalah saya dan dalam masa seminggu saya terima barang dan Vaseline Mission di website telah tamat. Sungguh drama.


#LINElah

Sama seperti bulan lepas, taip LINElah dan rezeki saya dapat tiket wayang percuma.

BizOctopus / Living Jungle

Giveaway anjuran BizOctopus tapi hadiah sponsored by Living Jungle. Kena like dua-dua page tu, jawab soalan, share dan tag 5 rakan.



Guardian Malaysia


Jawab soalan dan 3 pemenang di pilih secara rawak.

Malas rotate

Lactogen

Freebies ni rasanya November kot. Ada announcement kat FB Lactogen, PM mereka details dan akan dapat 1 pek susu Lactokid dan carta tinggi. Rasanya terhad untuk 100 yang terawal kot.


Belvea

Request sample di website. Mandian tanpa sabun, pewangi, alcohol dan banyak lagi.


CD Taylor Swift


Dapat dari radio PimaiFM, jadi pemanggil kelima dan menang CD

1 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...