Tuesday, February 24, 2015

Penang Event February 2015


21hb Februari 2015,
Saya bersama suami, anak, adik bongsu dan cousin ke Penang Hot Air Ballon FIesta di Padang Polo. Majlis bermula seawal 6 pagi. Ada 2 sesi untuk naik belon tu pagi dan petang. Terhad kepada 180 orang. Kami sampai di situ 11 pagi. Tiada belon di udara tapi ramai manusia. Khemah di bahagian tepi ada gerai jualan makanan. Sejam kami di situ dan baru satu belon tengah diisi gas untuk di naikkan di udara. Cuaca sangat panas dan kami berangkat ke destinasi seterusnya.



Seterusnya kami ke Straits Quay untuk event di atas. Selagi lagi kecewa. Manusia sangat ramai, tiada laluan untuk berjalan, sudahnya keluar ikut jalan pintas tanpa membeli dan melihat apa-apa produk.

Kemudian ke Street Art. Parking kereta, sewa basikal dan berhenti snap photo. Tak semua tempat kami pergi sebab orang ramai, ketidakselesaan basikal dan Anas yang meragam.




0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...