Friday, February 20, 2015

Check Up Anas Syauqi 23 bulan - Februari 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Temujanji kali ni di sebabkan berat badan Anas yang naik tetapi berada di kawasan kuning selama 4 kali berturut-turut. Sepatutnya jumpa Doktor pada bulan lepas tapi saya minta tangguh ke bulan ini.

Berat : 8.9 kg (di dalam kawasan kuning)
Tinggi : 77 cm
BMI : 15.41

Lawatan kali ni jumpa Staff Nurse. Banyak yang di soalnya berbanding lawatan sebelum ni. Lebih terperinci soalannya. Berapa kali makan, berapa cedok nasi, sudu sayur, ayam, ikan. Buah banyak mana makan. Snek bagi tak antara waktu makan. Tambah minyak berapa sudu. Buang air besar kecil camna, susu. Lepas habis sesi temuduga masuk jumpa Doktor pula.

Perjumpaan dengan Doktor lebih bersoal tentang susu. Doktor macam tak support breastfeeding. Query waktu saya kerja kenapa tidak di beri susu. Saya kecewa apabila staf perubatan sendiri tak menyokong berkenaan ini. Sudahnya doktor cakap kena ambil darah untuk check kalau ada masalah lain. Saya tak nak dan minta refer ke dietitian dahulu. Saya bertegas yang anak saya jadi begitu lebih kepada genetik kerana keluarga suami saya bersaiz kecil. Tiada apa yang perlu dirisaukan, Anas aktif, perkembangannya juga mengikut umur. Cuma berat dan tinggi tidak naik terlalu banyak.

Saya diminta datang pagi esok untuk jumpa dietitian tapi saya kerja. Mana boleh suka-suka hati nak keluar masuk. Saya minta untuk jumpa dietitian di tempat saya saja. Nanti saya update entri lain kisah dietitian. Saya di beri tempoh sebulan untuk pantau tinggi dan berat Anas, jika masih di column kuning, harus lakukan blood test.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...