Monday, March 9, 2015

Preparation dan Bajet Anas Syauqi 2nd Birthday - PArt 1

Assalamualaikum..
Setelah 2 bulan memerah otak, membuat persiapan, akhirnya berjaya juga buat sambutan hari jadi Anas Syauqi yang ke2.

***entri / post ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk / bermegah / riak tetapi sekadar untuk gambaran dan rujukan DIRI SAYA SENDIRI di masa akan datang. First time mommy yang nak buat birthday anak mungkin boleh nampak serba sedikit gambaran / bajet yang di perlukan. Persiapan / bajet ini berdasarkan kemahuan / kehendak  diri saya sendiri setelah melakukan blogwalking  dan penambahbaikan dari Birthday Anas Syauqi yang pertama dahulu.

E-card


Saya google dan edit sendiri je. Last year tak de pun e-card ni, taip kat sms, forward. Kali ni upgrade sikit sebab semua saudara, kekawan ada group whatsapp. So invite via electronic. Murah dan mudah.

Photographer

Guna khidmat yang sama macam tahun lepas, pakej pun sama. Shoot and burn. Price RM300. Tak payah deposit, deal kot whatsapp je. Krypictures is the best. Saya suka hasil kerja dan senang bekerja dengan mereka. Ini kali ke3 saya bekerjasama dengan mereka.


Candy Buffet

Hubby yang cari kan, Enadiqa. Saya tengok hasil kerja, then discuss apa yang saya nak dengan Nadia through Whatsapp je. Puas hati baru setuju nak guna khidmat mereka. Total RM280. Dari bayaran tu kami dapat assorted candy, biscuit dan cupcakes, Masa setuju, nak lock date kena bayar deposit 50%. Saya minta mereka provide cake stand juga. Mereka datang pasang agak lewat dari waktu yang dijanjikan dan kebetulan tetamu pun belum ramai datang. Lepas siap pasang, Nadia beri resit kepada saya dan baki 50% perlu di bayar selepas habis majlis. Cupcake stand, bowl, plate dan semua brang atas meja adalah milik mereka termasuk backdrop dan 2 poster gambar kami bertiga. Banner dan poster diberikan kepada saya selepas majlis selesai. Saya berpuas hati dengan hasil kerja mereka dan mungkin akan menggunakan khidmat mereka di masa akan datang.


Kek Birthday

Deal dengan kak yang sama saya tempah kek majlis sebelum ni iaitu Kak Ina. Bagi contoh design kek yang saya nak dan budget. Tema rainbow, flavour coklat, buttercream dan simple deco. Harga kek RM120 self pick up. Hasilnya..... Awesome

Goodie bag

Untuk ini di beli merata-rata. Ada yang beli di D.I.Y. Kebanyakkannya beli borong di kedai yang supply ke kedai runcit. Kalau sesiapa area Butterworth, Parit Buntar nak tahu lokasi kedai, saya boleh beritahu.


Beg - 10 pcs RM6.00 x 4
Air kotak - 24 kotak RM16 x 2
Bubble soap - 24 pcs RM6.50 x 2
Kek Apollo pandan - 24 pcs RM 5.60 x 2
Biskut sandwich coklat - 80 pcs RM6.80
Coklat Sunglassess - 40 pcs RM 6.00
Paper blow - 12 pcs RM1.50 x 4
Belon - 100 pcs RM6.50
Party popper - 60 pcs RM 8 x 2

Guest book Corner

DIY, saya recycle yang last year dan tambah beberapa props yang memang ada di rumah.

hadiah menang contest di gunakan sebagai props

Makan minum

Ada yang order, ada yang mak masak, ada yang MIL bagi.
nasi putih, ayam masak merah - RM 220 untuk 70 orang makan (ayah sponsor sikit)
Gulai ikan kering - mak masak
sambal belacan dan ulam - mak buat
Bihun goreng - mak masak
Kek Asam - mak sponsor
Pulut kacau - mak buat
Tapai - MIL sponsor
Kuih Kalakatar (kuih tradisional Banjar) - MIL sponsor
Buah Liman Mandarin - memang ada kat rumah mak sekotak
Minuman - teh o panas dan air berkarbonat (adik sponsor half) Next year beli siap-siap 20 botol.
pulut kacau homemade by mak. banyak peminat ni



Lain-lain

Pinggan - RM 11.90 (50 pcs x 4)
Gelas - RM2.90 (50 pcs x 2), RM 5.90 (100 pcs) Tak cukup sebab ramai yang guna lebih dari satu cawan.
Sudu, garfu -
Tisu - RM 5.90 (10 pek)

sambungan - Part 2

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...