Thursday, March 12, 2015

Anas warded


Ahad (1/3/15)
Tengah hari bangun tidur, badan Anas panas, menangis je. Saya bf, kejap je bf then muntah keluar susu. Sejam lepas tu masih muntah keluar air, air liur. Makan, minum semua tak nak. Bagi mandi dan sambung tidur. KAmi dah plan nak balik kampung. Stop makan jap, di kedai Anas masih muntah. Minum air sikit je dan muntah berkali-kali. Saya ajak hubby ke hospital sebab rasa macam kena admit hospital. Dia langsung tak makan minum tapi muntah. Takut dehydration. Dalam perjalanan muntah dah tukar warna kuning.

2 petang sampai kecemasan. Daftar dan melihatkan keadaan Anas dia di benarkan masuk dulu. Kebetulan kawan sekolah saya ada. Lepas bincang, Anas admit. Kawan saya siap-siap ambil darah dan masukkan branula. Anas menangis masa cucuk tapi dia lemah sangat nak meronta. Sepanjang hari ni minta dukung Je dan kerap tertidur atas bahu. Selesai pendaftaran, masuk wad medical kanak-kanak. Katil di kubikel belakang. Katil tengah dan sangat sempit laluan untuk letak kerusi. Redha je la dah keadaan terpaksa. Hubby inform saudara mara tentang Anas. Ramai tak sangka sebabnya semalam dia ok je semasa majlis raikan ulang tahunnya.

Di wad, ambil berat 8.7 kg. Susut 200 gram dari check up KK last 2 weeks. Doktor datang interview. Katanya mungkin jangkitan kuman pada pundi kencing. Kemudian MO pula, selepas pemeriksaan, katanya tonsilitis. Sepanjang petang Anas baring je atas katil. Hanya minum air masak. Tidak aktif, kerap tidur. Sangat beza dari selalu. Suhu meningkat dari 37.2 di kecemasan kepada 38.2. Saya mandikan Anas. Ubat yang nurse bagi semua Anas tak makan.

Lepas waktu melawat hubby pulang kerumah ambil keperluan saya. Datang semula hantar barang dan pulang. Anas tidur kejap dan kemudian bangun dengan menjerit "antu.. Antu.." Menagis tak nak berada di katil. Masa tu 11 malam. Saya bawa ke depan dan biar dia main di situ kemudian call hubby. Hubby datang jaga Anas dan dia minta saya tidur dulu. Masa ni saya pun nampak lembaga yang Anas maksudkan dan di usik.

3.30 pagi baru Anas tidur nyenyak, hubby tidur dalam kereta. Sejam sekali nurse datang kejut untuk prosedur. Sangat terganggu. Lepas subuh, saya minta hubby satang tunggu Anas dan saya pergi tidur di surau. Masa tu memang tak mampu tahan dah. Badan sakit, tidur duduk atas kerusi. Saya EL hari ini (2/3/15). Sister saya datang melawat masa tengah hari. Anas masih demam 37.5, saya minta untuk discaj pada MO. Katanya tunggu petang. Darah diambil sekali lagi Iaitu VBG, TFT, FBP dan Iron study.

Keputusan darah dah ada dan Hb Anas low (9.3), MCV, HCt pun low. MO tanya ada sejarah talasemia tak side saya dan hubby, dan tanya bacaan Hb saya semasa pregnant. Petang Specialist datang, Anas masih demam (37.2), saya masih minta pulang dengan janji saya boleh manage Anas demam. Dan Anas dah kembali aktif, dah makan dan minum. Kami di benarkan pulang Dan di beri temujanji Jumaat akan datang untuk review keputusan darah TFT, FBP, Iron. Pesan doktor, datang segera jika demam tinggi dan awasi tanda-tanda pelik.

Cerita jumpa doktor akan cerita next entri

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...