Salam..
Ada apa dengan tarikh ini? Rata-rata orang bercerita mengenai GST yang bermula hari ini atau pun kisah April Fool, tetapi lebih besar maknanya bagi kami empat beradik. Hari ini, tarikh ini adalah hari lahir ibu kami yang ke 50 tahun. Sepakat kami adik beradik untuk meraikannya dengan cara kami.
Saya order kek dari cousin. Blueberry Cheese kek kemudian reserve table untuk dinner di Pizza Hut. Mungkin bagi orang lain, pizza hut je? Ini adalah kali pertama kami sekeluarga makan di restoran Pizza Hut. Biasanya Take Away atau Delivery. Lagipun adik saya kata, mak pernah cakap, dia teringin nak makan di restoran Pizza Hut. So, kami realisasikannya. Sambutan sederhana tetapi bermakna bagi kami kerana bersama yang tersayang. Semua ahli keluarga kami ada, itu yang lebih penting. Happy Birthday mak. Moga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik. InsyaAllah.
Anas Syauqi juga menginjak umur 2 tahun 1 bulan hari ini. Makin petah berkata-kata. kami suami isteri setiap hari belajar benda baru dari nya dan telatahnya menceriakan kami. Benarlah kata orang, anak penyeri rumah tangga. Perkahwinan saya dan suami juga berusia 4 tahun 3 bulan hari ini. Alhamdulillah, hubungan kami masih seperti dahulu. Kisah kami biar kmi sahaja yang tahu 😉 Doakan yang baik-baik saja untuk kami. Adik Anas Syauqi mungkin? 😝
No comments:
Post a Comment
Thanks :)