Friday, April 17, 2015

Anas Syauqi - Ubat Cacing

Salam..
Masa bawa Anas pergi checkup 23 bulan, nurse ada cakap untuk bagi ubat cacing bila dah cukup umur 2 tahun. Start Anas masuk wad, saya dah decide tak nak bawak Anas pergi check up KK dah. Continue check up hospital je jumpa paediatrician. Lepas jumpa doktor kat klinik Pakar Kanak-kanak, baru teringat yang Anas dah 2 tahun dan belum bagi ubat cacing. Minta hubby check kat farmasi sana, ada ubat tak, ada dan minta satu untuk Anas.


google sana sini tentang cara, dos ubat dan lain-lain. Nasib la Anas tak de masalah untuk makan ubat, Sekejap je dah selesai minum.

Saya share sikit info berkenaan ubat cacing yang saya copy dari 

Ada 2 jenis ubat cacing (sumber)

1. Albendazole/mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate


Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole

Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa - 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun - 1/2 dos
pengambilan sekali dalam tempoh 6 bulan, atau setahun sekali.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...