Monday, April 27, 2015

Review Novel - Mungkin Nanti

Salam sejahtera.
Novel dibeli dari penulis untuk cukupkan koleksi karya beliau. Kisah yang menarik, tidak cliche seperti kisah lambakan di pasaran. Saya bagi 3.2 / 5 bintang.

Sinopsis

Aqilah Murni, gadis yang buta warna, anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang menghidap barah. Ibunya ditinggalkan suami ketika dia dalam kandungan. Aqi minat melukis walaupun dengan kecacatannya. Dia di terima bekerja sebagai graphic designer di syarikat milik Iman, adik kepada pensyarahnya. Iman bersahabat baik dengan Zahar. Zahar adalah lelaki yang dilihat Aqi mempunyai warna indah. Dia sukakan Zahar tetapi Zahar jengkel dengannya. Zahar bencikan wanita kerana dendam kepada ibunya. Nenek Zahar sukakan Aqi ketika kali pertama melihatnya lagi dan mempelawa Aqi tinggal di rumah mereka ketika ibu Aqi menjalani rawatn di hospital hingga lah Ibu Aqi meninggal dengan pesanan untuk mencari ibunya. Aqi meninggal Zahar dan keluarganya bila mengetahu ayahnya adalah bapa tiri Zahar, iaitu lelaki yang menjadi punca Zahar kehilangan ibunya. Ketika Aqi mengundur diri Zahar sedar akan perasaannya pada Aqi, Iman juga jatuh cinta pada Aqi. 

Siapakah pilihan Aqi? Zahar yang akan membencinya bila mengetahui dia anak kepada lelaki perampas atau Iman?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...