Friday, April 10, 2015

Review novel : Bicara Cinta Tertangguh


Akhirnya tamat juga pembacaan novel ini. Novel yang menarik jalan penceritaan tetapi faktor tanggungjawab buatkan saya tergendala untuk habiskan bacaan. Kisah yang penuh gelak tawa, senyuman di permulaan dan pertengahan tetapi air mata di pengakhiran. Penghujungnya bagi saya ada kekurangan. Watak-watak jahat begitu saja endingnya? Mungkin ada sambungan atau CERKON?

Sinopsis

Suri yang dibesarkan oleh ibu saudaranya Mak Jah kerana kematian ibu kandungnya. Ayahnya yang mempunyai isteri lain tidak mahu membesarkannya. Lukman penjual sayur di pasar yang memikat Suri tetapi Suri tidak mengendahkannya kerana  sedar akan  dirinya. Lukman mendapat sokongan kuat dari Mak Jah dan lain-lain. Bila Suri membuka hatinya untuk Luk, risikannya ditolak pula. Lebih malang bila campur tangan ibu tiri dan kakak angkatnya. Bagaimana ending kisah cinta mereka? Dapatkan di pasaran. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...