Monday, May 4, 2015
Anas Syauqi : Perjumpaan dengan Dietitian
Lamanya bertangguh entry ni, saya pun dah tak tahu nak mula dari mana. mana yang ingat je lah boleh share. Lepas jumpa doktor di Klinik Kesihatan masa Anas 1 tahun 11 bulan, februari, Doktor cakap kena ambil darah untuk siasat kenapa berat Anas ada di bahagian yellow line. Saya tak setuju untuk blood test, the di beri second option iaitu jumpa dietitian. Lepas jumpa dietitian kalau masih di situ kena juga blood test. Saya setuju. Pergi kaunter nurse untuk date jumpa dietitian. lepas bla bla.. saya decide untuk urus sendiri saja memandangkan tempat kerja saya pun ada dietitian.
Esoknya, saya terus ke tempat dietitian dan terus boleh jumpa, tak bawa anak pun tak pe. (mati-mati nurse kat klinik cakap anak kena ada). Di tanya dengan detail nya tentang sukatan makanan, kuantiti, jenis, makanan apa. Sangat detail dari bangun tidur hingga tidur semula. Dari perbualan itu katanya kuantiti dan kekerapan tiada masalah. Tiada apa yang perlu di risaukan cuma di beri cadangan beberapa makanan untuk tingkatkan kalori contohnya mayonis.
Katanya fully breastfeeding memang metabolisma lebih tinggi compare dengan formula milk yang tinggi kandungan gula dan tingkatkan berat badan. Genetik juga mainkan peranan. Maka tiada apa yang perlu di risaukan. Perjumpaan semula lagi sebulan untuk lihat kenaikan berat badan. Tetapi saya tak pergi pun sebab Anas admitted dan saya dah tak pergi Klinik Kesihatan. Saya pantau berat badan Anas melalui temujanji di Klinik Pakar kanak-kanak sahaja setiap bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)