Sedikit info mengenai Scaling
Pemeriksaan gigi perlu dibuat 2 kali setahun iaitu setiap 6 bulan. Kalau kita jenis gosok sekali sehari, memang elok sangat cuci gigi 6 bulan sekali.
Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
Cuci gigi maksud nya Doktor akan buang segala plak keras di celah-celah gusi. Kalau buat rawatan ni, memang rasa ngilu dan gusi akan berdarah. Tetapi lepas tu gigi rasa ringan dan selesa.
Kos rawatan bergantung kepada klinik mana kita pergi. Kalau kelinik kerajaan, harga cuma rm 1.00, tetapi masa menunggu lama. Kalau klinik swasta lebih kurang RM 70.00 hingga ke RM 150.00 bergantung kepada tahap kekotoran gigi. Dari segi sakit sama je swasta atau kerajaan.
Wednesday, May 6, 2015
Pengalaman Scaling
Hajat nak scaling gigi lama dah tapi asyik bertangguh. Sebelum ni rajin je saling kurang-kurang setahun sekali, tapi sejak bersalin baru sekali je. Survey beberapa klinik luar. Rata-rata yang saya call perlu buat temujanji awal. Hajat nak walk in je sebab saya pun tak tahu bila yang betul-betul free. Harga sekitar RM80-RM150. Beberapa perkara berlaku, masalah wang dan masa saya decide untuk buat scaling di tempat kerja saya sahaja. Kos nya PERCUMA (staff kerajaan - ada GL). Kena tunggu 2 minggu baru dapat lakukan prosedur. Bila dah sampai masanya, 10 minit je tempoh rawatan. Sakit tapi boleh tahan, dentist asyik minta maaf je bila saya angkat tangan. Ye sakit, tapi saya angkat tangan sebab nak meludah. Mungkin sebab saya staf :) Lepas ni nak pergi lagi la :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)