Salam Ramadhan.
Temujanji Anas kali ni pada bulan Ramadhan, seminggu lebih awal dari tarikh sebenar dan hari ke5 Anas demam, suara tak de. Anas discaj dari wad dengan diagnosis TRO Thalassemia, temujanji kedua dengan diagnosis Iron Deficiency Anemia.
Kali ini Anas jumpa Pakar Paediatrik berbanding 2 temujanji sebelum ni dengan MO dan HO sahaja. Dengan pakar, penerangannya lebih jelas dan lebih byk pilihan. Dia menerangkan kemungkinan Anas pembawa Thallasemia. Untuk sahkan perlu beberapa ujian darah dan mengambil masa yang lama untuk sahkan di sebab kan protokol hospital. Juga boleh sahkan dengan ujian darah ibu bapa yang hanya selesai dalam masa 1 jam. Dia juga sarankan kami guna cara ke dua.
Kami suami isteri melakukan ujian darah dan selepas sejam keputusan di ambil, alhamdulillah, sel darah merah kami normal. Anas tidak perlu jumpa Doktor lagi. Cuma saya di minta awasi Anas, takut-takut ada masalah lain.
Berat badan Anas bukan pada paras normal, mungkin genetik. Kata Doktor, jika nampak dia aktif, sihat, makan, tiada apa yang perlu di risaukan.
18/6/2015
Berat: 9.2 kg
Tinggi: 81cm
No comments:
Post a Comment
Thanks :)