Novel ini kombinasi 3 cerita, 2 dari novel penulis ini yang terdahulu dan satu lagi kisah baru. 2 karya terawalnya sudah ada dalam koleksi saya (tapi dah tak ingat camna kisahnya). Sebelum beli buku ni, dah let go 2 novel yang terawal, (takkan nak collect banyak-banyak kisah yang sama) tapi atas beberapa masalah, kedua-dua novel itu masih ada pada saya. Bila dah sampai giliran bacaan novel ni, saya rasa menyesal baca T_T. Lambatnya story line dia, lembab nya hero, camna la leh beli dulu novel ni. Terus rasa nak jual novel ni. Hati belah bahagi nak review di blog, rasa macam tak tahu nak taip apa, tapi saya cuba juga. Ini review versi saya.
L.U.V.E
Uthman Huzir juga dikenali sebagai Uth, bekerja di Buks, selalu menunggu bas dan selalu terserempak dengan gadis berbaju ungu, Lana. Dia jatuh cinta pada gadis itu dan teman baiknya, Keri juga jatuh cinta pada Lana. Keri bertindak lebih pantas berbanding dengan Uth yang penuh drama. Tetapi Lana sukakan Uth dan menunggu Uth melafazkannya. Mereka bekerjasama dalam filem, ini menjadikan mereka lebih rapat. Keri kecewa pabila Lana menolak nya dan Uth yang menjadi pilihan Lana. Dia membawa diri ke London.
143
Sambungan kisah watak-watak dalam L.U.V.E. Kisah Lana menjalin hubungan dengan Haziq setelah bosan dengan penantian dari Uth, lana berjaya sebagai bintang filem dan Haziq juga dari bidang yang sama. Haziq yang budiman tetapi maut semasa mahu menyelamatkan Lana. Keri berkorban demi Elina yang dikenalinya dalam penerbangan ke London setelah kecewa dengan penolakan Lana. Violet yang dahulu nya kecewa dengan penolakan Uth, menyambung pelajaran di Perancis dan pulang bersama segulung ijazah. Dia dicintai oleh Bucks, pemilik Burgerbucks yang 5 tahun lebih muda darinya.
Teja. Alam. Tuah
Teja, menyukai Tuah dalma diam sejak di Kolej tetapi tidak pernah berani menyatakannya. Dia memuja Tuah dalam diam. Tamat belajar dan dia bekerja di Cafe Marooned sebagai pengurus. Walau setelah 5 tahun dia masih ada perasaan pada Tuah. Dia malu pada Alam, lelaki yang di sangkanya waiter. Alam yang bekerja di Buks dan ada sesuatu antara mereka. Tuah datang ke Cafe Marooned untuk urusan kerja dan Teja bertukar menjadi Melati. Dapatkah Teja meluahkan perasannya? Haris yang telah lama menyimpan perasaan pada Teja meluahkan perasaanya, tetapi Jem, teman serumah Teja telah lama jatuh cinta pada Haris? Antara 3 lelaki, siapa pilihan Teja?
Pendapat saya, novel ni tebal, susah nak pegang bila membaca, gabung 3 novel kan? Bila dah adapt dengan gaya bahasa penulis baru la leh hadam. Masih kisah yang biasa, yang bukan nak dibsimpan sebagai koleksi. InsyaAllah akan let go.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)