Monday, July 27, 2015

Syawal 1436 / Aidilfitri 1436

Salam Syawal untuk semua..
Masih dalam mood beraya ^_~ sehari sebelum raya kami suami isteri masih bekerja 1/2 hari. Lepas kerja, balik rumah packing barang, ambil Anas dan terus gerak balik kampung. Elok nak azan Maghrib baru sampai kampung. Malam raya, jalan-jalan pekan tengok gelagat manusia.

1 Syawal
Pagi di kampung suami dan tengah hari terus bergerak pulang ke rumah keluarga saya. Begitulah rutin kami setiap tahun. Memandangkan tahun ni semua ipar duai saya beraya di rumah mentua, suasana di kampung agak sepi. Rumah keluarga saya pula seperti kebiasaan mengadakan rumah terbuka. Semasa sampai hampir ke waktu solat Jumaat. Datuk sebelah mak dah ada di rumah, lain-lain hanya teman ayah. Selepas solat Jumaat, sesi photoshoot kami 6 beranak + menantu, cucu. Lepas Asar cousins uncle aunties sampai. Pas maghrib photoshoot, even, tak cukup ahli, ada drama we are fun. Tengah malam, bantu kemas dan 1 pagi sampai rumah kami. Saya dapat duit raya rm200 😁 tua dah kot.


2 Syawal - Sabtu

Uniform hari ni bju raya last year.  Ada 3 jemputan open house + akikah. Sebelum tengah hari dab ada di kampung hubby untuk majlis akikah, habis di sana naik jambatan ke dua ke Sg Ara, rumah pak cik. Kemudian ke Kg pelet, sambung gosip sambil beraya. Lama gak lepak situ. Then ke Pdg benggali, rumah kawab saya, ziarah baby baru sambil beraya. Then ke Butterworth, rumah pak cik, kejap je di situ, perut dah penuh dan dah nak maghrib. Lepas maghrib, pulang ke gagang.

3 Syawal - Ahad

Hari ni program di kampung hubby, lambat sikit bertolak. Jalan jem teruk. Biasa 30 minit je, kali ni 2 jam baru sampai. Menu heaven, laksa, bihun sup dan mi kuah. Lepas tu ke rumh pak cik. Bertembung dengan mak cik di rumah itu. Penuh ruang tamu. Kejap je di situ, kemudian hubby ajak balik semula ke rumah PIL. Separuh jalan je, hubby call dan diorang semua dah balik.


4 Syawal - Isnin

Hari ni plan nak pergi jalan-jalan ke utara. Destinisi pertama Amanjaya Mall, cari aksesori talipon. Memang terbaik stok kat sini dan harga yang lebih murah berganda. Pas tu beraya ke rumah teman saya, kejap je di situ. Lepas minum-minum terua shoot ke Kuala perlis. Itu lah hajat utama, umencari seafood. Saja bertukar kedai banding dengan pertama kali. Menu lebih kurang je tapi rasa sangat beza. Kali ni tak sedap dan lain yang order lain yang sampai. Kami order siakap masak 3 rasa dan bakar (yang sampai masak rempah), sup sayur (ni sedap, ada sotong lagi), siput masak lemak (tak ingat nama siput), sotong goreng tepung, udang butter prawn berkuah (yg sampai kering kontang). Semua harga makanan RM63.

5 Syawal - Selasa

Hari ni plan naknke bank, masukkan duit raya anas siap-siap 3 bank. Sementara ngan cuti, baik settle siap-siap. Dalam perjalanan ke bank, mak call cakap malam ni nak sambut birthday Anak sedara saya. Selesai urusan di bank, jalan-jalan, pergi makan mi pokok ceri dan terus ke rumah mak. Malamnya kami makan steambot, kedi tepi laut. Kedai ni first time datang makan.
Susah nak tangkap gambar elok
Elok dengan 3 toddler
Itu saja kisah raya kami. Esoknya dah kerja, ada juga jemputan open house khamis dan jumaat di rumah kawan-kawan saya dan lepas kerja baru kami pergi. Letih jangan cakap la. Sangat letih. Yang cakap nak datang rumah beraya pun ada. Masakla saya bihun sup, sudahnya makan la kami laki bini bihun sup tu.. Insyaallah di panjangkan umur berjumpa lagi Ramadhan dan syawal akan datang.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...