Novel ini saya baca selepas selesai bacaan novel Cintaku bukan murah (CBM) karya dari penulis novel yang sama. Ada kesinambungan novel ini dengan novel sebelumnya. Watak sampingan dalam CBM menjadi watak utama dalam LID.
Sinopsis
Syana memikat Thaqif dengan menjadi perempuan gedik atas arahan adik-adik Thaqif yang juga sahabat baik Syana. Ibu mereka memberi syarat, mereka hanya boleh berkahwin jika Thaqif mempunyai teman wanita. Thaqif tidak percaya pada wanita atas sejarah lalu. Shana di malukan oleh Thaqif, dan Syana mengundur diri. Bila Syana tiada, Thaqif rasa kosong. Thaqif pula mengatur strategi memerangkap Syana setelah mengerahui konspirasi Syana bersama adik-adiknya.
Kisah yang menarik, sesuai untuk koleksi. Banyak hubungan kekeluargaan di terapkan. Watak dari CBM pun ada selit.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)