Wednesday, August 19, 2015

Pentingnya Asid Folik semasa hamil


Salam..
Ibu-ibu dan bakal ibu mesti familiar dengan asid folik kan? Berbagai pendapat berkenaan asid folik ni. Masa saya belum kahwin ramai kawan suggest untuk makan asid folik awal-awal, katanya untuk mudah preggy nanti. Saya memang amalkan asid folik, B complek dan Iron kerana saya dalam golongan Hb kurang tetapi tak la makan secara konsisten.

Berbalik kepada tajuk entri, Asid Folik bukanlah ubat kesuburan. Ia juga dikenali sebagai Vitamin B9 yang sangat di perlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh, penting dalam membina DNA yang rosak dalam sel. Ia wujud secara semulajadi dalam kekacang, sayuran hijau, buah, yis dan ekstrak daging lembu. Oleh itu ia sangat di perlukan oleh bayi dalam rahim untuk bina sel-sel baru.

Kekurangan asid folik, menyebabkan kecacatan saraf tunjang, spina bifida.
Oleh itu suplemen asid folik di perlukan oleh ibu sebaik sahaja di ketahui bahawa dirinya hamil dan di ambil sekurang-kurangnya 12 minggu pertama. Selepas itu boleh di teruskan dengan Obimin.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...