Lama dah beli novel ni, 2004 kot. Zaman belum kahwin, tapi tak terbaca. Sekarang bila cari balik hasil karya Aleya Aneesa mula selongkar balik almari. Bila dah mula baca memang agak perlahan flow bacaan. Agak drag permulaannya.. Bila dah masuk pertengahan, dah kemuncak baru laju, banjir bantal, penuh titis air mata. Sedih, mungkin sebab dah ada anak sekarang, dalam selami jiwa ibu seperti watak dalam novel. Tak dapat bayang kalau saya di tempatnya.
Sinopsis
Qisya bencikan Ziyad yang menjadi pelanggannya tetapi kerana Syakir, dia meminta bantuan Ziyad. Sejak dari itu mereka sedar mereka itu benci tapi sayang. Mereka bahagia, di tambah lagi dengan kehadiran anak sulung mereka Faiq. Tetapi semuanya berubah bila Faiq di jemput Ilahi. Ziyad menyalahkan Qisya sepenuhnya kerana cuai menjaga anak mereka. Qisya merajuk dan membawa hati pulang ke kampung. Dia tidak putus menghubungi Ziyad tetapi suaminya tidak pernah membalas. Hinggalah mengetahui dirinya hamil dan dia nekad untuk meninggalkan anak itu pada Ziyad bagi menebus kesalahannya pada Ziyad. 4 tahun berlalu dan Qisya mula merindui anaknya. Dia membuka taska berhampiran rumah Ziyad dan menemui anaknya. Ziyad meburu Qisya untuk kembali pada dirinya sebagai isteri tetapi hati Qisya telah keras.
Novel ini mempunyai kisah yang menarik, yang jarang di ketengahkan isu tentang kekeluargaan seperti ini tetapi jalan ceritanya agak perlahan pada permulaan. Mungin perlu kesabaran yang tinggi. Peminat AA boleh jadikan koleksi.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)