Assalamualaikum
10 Ogos, saya MC, demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Anas pun demam sama. Hubby EL, bawa kami berdua ke Klinik Kesihatan. Saya di beri ubat demam, perlu buat ujian kahak. Anas kena ambil darah untuk siasat Denggi atau tak. Keputusan darah keluar, bukan denggi. Suhu badan 39'C. Dimasukkan ubat demam dan diberi ubat demam sahaja. 11 Ogos saya EL, saya sembuh sikit dari demam tapi Anas makin teruk, dengan demamnya, batuk, selsema, merengek, merap memang, tak aktif, meracau membuatkan tak tidur malam kami berdua. Berlarutan hingga 14hb. 14hb, lepas balik kerja kami bawa Anas ke bahagian kecemasan.
Didaftarkan di bahagian Lokum sahaja. Lokum tu bahagian kecemasan paling tak serius. Waktu menunggu nya paling lama. Masa kami sampai tu ada 4 orang je kena tunggu tapi dengan keadaan Anas yang tak sihat memang penantian yang sekejap pun jadi lama. Suhu badan Anas 38'C.Dah sampai turn jumpa doktor, macam biasa cek paru-paru, jantung, tekak, skin turgor, capillary refill. Doktor cakap kena masuk wad. Anak nampak lemah, tak bermaya. Ye la, langsung tak makan. minum air masak dan bf je. Katanya perlu untuk masukkan air.
Dari Lokum, kami berpindah ke Yellow Zone, zon separa kritikal. Di situ di rujuk ke doktor lain, pendapat semua kena masuk wad. Tangan di cucuk masukkan branula, ambil darah , masuk air dan masukkan ubat demam ikut punggung. Anas menangis non stop. Sebak sangat rasa masa ni sebab doktor tu ambil masa yang lama sangat nak mencucuk, mungkin dia tak pandai atau keadaan kesihatan Anas jadikan uratnya susah nak tembus. Saya tahu hal tu, tapi bila dah libatkan anak sendiri memang lain jadinya. Lepas tu kena Xray, suspect pneumonia lak.
Lepas Xray, balik Yellow Zone, MO Paediatrik datang. Dia tengok Xray, bukan pneumonia, tengok tekak, cek suhu, katanya Pharingitis. Dia tanya nak masuk wad ke? Wad penuh. Saya dan hubby memang ada bincang sebelum tu, tak nak masuk wad, sebab akan ada banyak masalah. Serentak kami dua cakap tak nak. Dia pun cakap ok, sebab saya staf, tapi kena datang lagi seminggu ke klinik untuk pemeriksaan lanjutan. Pulang dengan antibiotik Pen V dan ORS. Lepas 2 kali minum antibiotik, Anas makin sihat. Alhamdulillah.
21/8/15
Selepas seminggu dari kejadian di atas, saya dan suami bawa Anas ke Klinik Pakar Kanak-kanak. Nasib la cepat je, tak sampai sejam selesai semua. Doktor yang sama juga yang lihat Anas kali ini. Mudah kerja. Diaa pun berpuas hati dengan Anas dan kami di benarkan pulang.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)