Monday, September 21, 2015
Sepetang di Logos Hope
Kapal dah berlabuh di Penang. Pesta buku terapung terbesar di dunia. Pelbagai genre buku ada. Dari kanak-kanak, remaja, wanita, lelaki, dewasa dan orang tua. Bukan saja buku, cenderamata, cafe, ruang pameran dan rehat juga di sedia kan.
Kami pergi petang. Naik jambatan, trafik lancar. Parking je masalah. 3 kali pusing baru dapat, tu pun menapak jauh. Sampai depa Swettenham Jeti, tanya polis bantuan arah. Jauh jugak nk sampai kapal. 2 stesyen kena berhenti bayar. Mula staf Penang Port, bayar Rm1, pas tu masa nak masuk kapal, Logos Hope lagi rm1. Ramai orang dalam tu. Memang sesak. Standard je harga semua.
Buku semua english, souvenir, toys pun ada. Semua one way, tak de harapan nak u turn. Saya beli fridge magnet 2, mainan train untuk Anas. Rm10/pcs. Kuar ada cafe untuk light food. Ice cream cone je dah rm5. Ada kids corner, penuh mainan. Ada juga video show tentang kapal. Kuar kapal, terus naik feri balik. Sejam baru sampai seberang.
Sesiapa di Penang dan sekitarnya boleh la pergi sehingga 27 September. Isnin tutup. Waktu buka dari 2 petang hingga 9 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)