Thursday, September 17, 2015

Review Novel - Segalanya Untukmu

Assalamualaikum..
Novel ni dah lama di terbitkan, tahun 2008 untuk cetakan pertama dan saya baru je membelinya. Sejak minat hasil penulisan Aleya Aneesa, saya mencari semula hasilnya di kedai-kedai buku. Karya ini tidak mengecewakan saya, saya boleh berlari sama dengan rentak penulisannya. Kisah berkenaan kekeluargaan, anak yang menjadi mangsa penceraian dan masalah rumah tangga.

Sinopsis
Jehan mempunya kisah hidup yang gelap. Dia melihat sendiri ibunya di pukul oleh ayahnya dan akhirnya ibunya mati di atas pangkuannya. Kemudian dia di besarkan di rumah anak yatim bersama abang dan adiknya. Tiada yang indah berkenaan zaman kanak-kanaknya. Dia membesar menjadi dingin. Dingin juga dengan adik beradiknya yang menyisihkannya semasa kecil. Dia hanya mempunyai seorang teman rapat, Joanne. Kisah lampaunya tersimpan rapi pada Joanne. Ketika di Johor, di berlanggar dengan kereta Fahem, pertemuan pertama mereka penuh kemarahan, dan beberapa pertemuan lagi selepas itu tidak menimbulkan bibik mesra. Fahem pula sentiasa ternampak bayangan wanita dan akhirnya dia perasan wanita itu adalah Jehan dan dia meminta restu Halmy untuk berkahwin dengan Jehan. Dari hubungan yang keruh, mereka menjadi rakan setelah satu peristiwa dan akhirnya berkahwin. Mereka bahagia tetapi hanya 6 bulan, kemudian satu demi satu teeungkai.


Peminat kat Mazni mesti dah ada koleksi ni, hasil awal penulisan beliau. Bagi saya novel ni biasa-biasa saja. Tidak la seeruk yang Aku mahu kamu. Masih boleh si baca. Nak let go pun sayang, susah nak dapat. Teeuskan jadi koleksi.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...