Monday, October 12, 2015

AnS Holiday - Johor, Melaka

Salam..
September lepas kami ke Johor. Short and budget vacation. Plan pun tak sampai seminggu. Cuma cuti tu dah lama apply. Sebab plan last minute, tak sempat la reserve hotel. Tapi ada la juga survey kat groupon, nak grab pun tak sempat dah sebab semuanya kena book awal 7 hari. So,gamble je redah ke sana. Saya list down perbelanjaan saya di sana kecuali kos makan dan cenderahati.

12 September 2015

Minyak 38 liter x RM 1.95
Minyak 30 liter x RM 1.95
Tol: RM 87.70
Hotel: RM 98 (harga weekend) + RM 50 (deposit)

7.30 pagi bertolak dari rumah. Lewat sedikit dari plan awal sebab hujan lebat masa awal pagi tu. Stop di RnR Simpang Pulai, mandikan Anas, hubby breakast dan beli makanan ringan. Kemudian stop di RnR Ayer Keroh untuk solat, makan dan mandikan Anas. Stop di RnR Seremban isi minyak 30 liter. Lebih kurang 5 petang sampai Johor. Ada beberapa tol kena bayar. Yang ingat harga tol pertama je. Pusing-pusing JB cari hotel. Stop di beberapa hotel tanya harga, lastly decide Hotel Newland.


Hotel just nice. In room ada wifi, toileteries, hot water shower, air cond, towel, tv channel astro, kettle, cup, saucer dan coffee pun ada. Yang tak de  breakfast, fridge, almari, tapi ada corner untuk gantung baju siap hanger. Ok la tu kan,. Bayar untuk semalam je dulu. Kalau ok malam ni tidur baru proceed lagi semalam.

Lepas mandi, solat kami kuar makan ke Restoran ZZ sup tulang. Baca review ramai kata sini port wajib tuju kalau datang Johor. Kami order sup tulang, nasi putih 2, asam boi dan teh o ais. Harga RM16.90. Harga masuk GST. Komen, tulang kecik je, tapi dapat 3 ketul sekali straw. Tulang lembu tak kecik camtu. Tulang kambing kot. Pastu daging ada yang lembut, ada yang liat. Air asam boi sedap.
 Lepas makan, hubby ajak g pasar karat. Sampai situ parking full. Anas dah tido, saya pun ngantuk. Cakap kat hubby datang esok je la. Nak jalan pun cam tak larat dah. Seharian dalam keta hari ni. Balik hotel, tidur.

13 September 2015

Hotel: RM 88
Parking legoland: RM 4

Anas bangun awal hari ni. Siap-siap pergi lobi extend lagi satu malam. Bayar duit dan bagi kunci. Decide nak breakfast roti canai dekat kedai mamak area-area sini. Air dah sampai, tengah tunggu makan yang memang sungguh lambat, orang memang ramai kedai ni. Tiba-tiba hubby ajak balik. Dia bayar air dan masuk kereta. Air pun tak sempat minum. Dia cakap dia nampak tikus kat lantai kedai tu. Dia tak nak makan kedai tu. Kami plan nak ke Legoland pagi ni. 

Terus gerak pergi Legoland dan stop makan kedai yang kami jumpa. Order yang sama, roti canai 1, roti telur 2, teh o ais dan ais kosong. Lepas makan terus ke Legoland. Tanda arah kurang kat ditu, kami tak jumpa entrance, sudahnya kami tuju ke Legoland Hotel. Pusing-pusing masuk ke parking Medini Mall. Tanya guard nak masuk ke Legoland camna, dia cakap sini pun boleh. Masuk parking sini bayaran RM4 whole day.


Jalan, snap photo di Medini Mall dan entrance Legoland. Masuk Legoland hotel, rest jap kat lobi dan bagi Anas main kat dalam tu. Suka sungguh Anas walaupun belum tidur. Masuk kereta kejap je lelap.

Kami terus ke Pasir Gudang jumpa kawan hubby. Kawan hubby bawa kami makan di Restoran, dia siap booking. Specialised di sini siakap dan udang goreng. Side order kuah, sayur kubis goreng dan bawal potong kicap. Memang rare. First time makan lauk camni. Anas pun ratah ikan dan udang. Tapi dia lagi excited tengok budak-budak kampung nelayan terjun mandi laut. 

Lepas tu dia bawa kami ke pantai berhampiran dan sayangnya tengah air surut, pemandangan kurang sikit. Pastu gerak balik rumah dia semula. Sembang-sembang jap. 5.30 petang gerak balik hotel. Rehat, mandi dan solat. Lepas Maghrib kami keluar semula ke Pasar Karat. Parking lebih mudah dengan bayaran ikhlas. Hubby bagi RM2. Beli mainan kat Anas dan saya beli Fridge Magnet. 5 pcs RM20. Tak ramai jual FM dan itu paling murah. Susah sungguh nak jumpa FM sini. Harga barang di sini boleh dikatakan agak mahal.

Anas masuk kereta dah lena. Kami singgah ke Dataran yang terkenal dengan steamboat Lotus van. Hubby je turun beli nasi goreng, soto dan yong tau foo. Yong tau foo tak macam Penang. Soto dan nasi goreng pun kurang rasa. Harga boleh tahan mahal. Balik hotel dan rehat.

14 September 2015

Minyak = RM 74.10
Hotel - RM82
Tol - RM 49.30
Parking JPO: RM 3

11 pagi check out hotel, collect deposit RM50. Isi minyak dulu pastu g cari makan. Baca review saranan untuk makan Warung Wak Dol. Specialised siput sedut. Hubby kurang puas hati makan kat sini.
Botok-botok, sipet sedut, asam pedas
Semilang (kuah), sirap limau, asam boi, nasi
Putih 2 = RM22

Lepas makan pergi Danga Bay. Siang tak de ape pun, kawasan tu pun banyak tengah dalam pembinaan. Lepas snap photo kami ke Desaru. Sejam lebih perjalanan, sampai sana jauh-jauh macam tak berbaloi. Tak de tempat nak stop tangkap gambar. Sudahnya singgah Pulai, sekali jalan terus ke pantai. Biasa je tempatnya.

Lepas tu nak ke JPO. Dalam perjalanan beli pisang goreng sambal kicap. Sedap. Sampai di JPO 6 petang. Pusing seround semua kedai, singgah beli coklat (RM112), kemudian gerak keluar. Terus ke Melaka. Sampai sana 9 malam. Cari kedai makan, makan di Sufi seafood, bukit beruang. Sedap makanan di situ. Layanan pun bagus. Dah kenyang tuju ke hotel yang kami pernah menginap dulu, LKS Hotel.

Bilik standard RM82. No fridge, window, kettle, almari tapi ada wifi, tv 5 channel standard, towel dan sabun. Semalam je di sini. Esok pagi-pagi dah nak check out.


15 September 2015

Parking Safari Wonderland: RM 3
Tiket Safari: RM 112
Minyak: RM 78
Tol: RM 60.30

11 pagi check out, terus gerak ke tempat yang nak p. Singgah breakfast kedai yang jumpa tepi jalan.
Nasi lenak 2, ayam goreng 1, roti telur,
Teh o ais, nescafe ais, kopi (bungkus) = RM 23
Sampai ke A famosa Safari world 12 tengah hari. Parking banyak kosong, tiket dewasa Rm56 sorang, kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Naik trak pusing tunjuk haiwan kat Anas. Pusing- pusing setiap tempat ikut peta yang di beri. 2.15 petang tengok show wild wild west. Anas terkejut je sebab banyak adengan tembak. Pastu masuk multi animal show lak 2.45 petang, pelbagai haiwan buat show.

Habis tu pergi food court redeem makan. Harga tiket yang dibayar sekali dengan lunch. 5 pilihan makanan beserta air. Lepas makan pergi tengok bird show. Then solat sambung tengok show terakhir elephant show. Show tak sempat habis, Anas dah lelap. Keluar dari A famosa 5 petang. Stop tangkap gambar di beberapa tempat, Kemudian hubby ajak makan di gerai cendol Bakar. Hubby makan nasi ayam, cendol, saya minum coconut shake special.

Lepas makan, topup touch n go dan gerak balik Penang. Isi minyak di RnR Dengkil. 10 malam masuk exit taiping, hubby nak makan Yong Tau foo, kecewa dengan yang Johor katanya. 12 malam sampai rumah.

3 comments:

  1. Dulu lynda pn never like jb, taktau nak ke mana n makan mana. Niw 3 years kat sini br dpt explore. Nape tak ckp turun jb, boleh kite bawak jalan2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan last minute la Lynda, insyaAllah lepas ni plan nak g legoland. Hari tu tak sempat masuk.

      Delete
    2. Plan last minute la Lynda, insyaAllah lepas ni plan nak g legoland. Hari tu tak sempat masuk.

      Delete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...