Tuesday, December 29, 2015

Antenatal Check up 17/52 - second pregnancy

Salam.
Hujung Oktober check up kali ke tiga (4bulan). Kali ni hubby nak follow. Dia pun claim hours. Lepas ambil Anas kami pergi KKIA. Klinik sangat slow kali ni. Tak tau la saya yang lambat datang atau perasaan je. Dengan Anas yang crancky memang rasa sangat slow.

Check urin, hb, berat dan tekanan darah macam biasa. Stesyen ni memang laju dan smooth. Turn jumpa nurse yang sangat lambat. Masa ni hubby dah bawa Anas masuk dalam kereta. Jumpa JM (misi xde pun). Check tinggi rahim, jantung baby. Ni first buat untuk ANC 2nd pregnancy. 2 temujanji sebelum ni nurse tulis non palpable je. JM tanya dah rasa baby gerak ke. Jawab tak, dia pegang perut, cakap, ni ada tendang ni. Nampak sangat saya dah lupa camna baby gerak. Patutnya jumpa Doktor untuk scan 18 minggu kali ni tapi Doktor tak mau scan sebab esoknya saya akan ke Hospital untuk temujanji pertama. Baru je excited nak tanya gender. Huhu. Next appointment kena monitor berat sebab kali ni naik banyak. Next appointment kena cucuk ATT
Esok pergi klinik pakar kena bawa buku pregnant dulu. Seharian, semalaman cari tak jumpa. 😰

Lastly, jumpa lagi sebulan dan hasil dari temujanji kali ni :-

POA : 17/52
Urin Alb : -ve
Urin Sugar : -ve
Hb : 13.4
Berat : 68.8 (naik 1.3 kg, lebih banyak, patut kena naik 0.5kg je)
BP : 120/80
Tinggi rahim : 18cm
Jantung baby : 146
Gerakan baby : +

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...