Monday, December 28, 2015

Family day ACCN 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masa taip entri ni tengah rest. Baru balik dari family day. Family day keluarga saya sebelah ayah. Yang ni memang rajin buat aktiviti. Group whatsapp pun aktif. Tahun ni buat di Batu Kurau, Perak. Tarikh di ubah beberapa kali sebab ada tarikh bertembung dengan event lain. Lokasi, aktiviti, tentatif program, persediaan semua di uruskan oleh bapa dan ibu saudara. Saya hadirkan diri je.
Chalet kami 3 beranak
19-20 Disember, Teratak Afrina, Batu Kurau. Ikut program, semua kena kumpul di tol Juru 8.30 pagi. Tapi kami gerak sendiri, keluar lewat sikit. 9 pagi baru gerak. Dengan Anas yang masalah tidur malam memang susah la nak ikut waktu. Itu pun kami bertolak tanpa kejutkan dia. Siap-siap barang, masuk dalam kereta, angkat Anas yang masih tido terus masuk kereta dan jalan. Ikut GPS, sesat gak la kami masuk kampung lain. Nasib baik la ada penduduk kampung yang tunjuk arah.
Yg di sedia dalam bilik
4 tilam, bantal, selimut
Sampai lebih kurang 11 pagi, masuk bilik. Bilik tak de katil. Yang ada tilam bantal, selimut, kipas siling dan air cond. Bilik air ada dalam chalet. Masa ni aktiviti bebas. Ada yang tengah berkemas, mandi kolam.
Anas dah bangun masa ni. Kami tukar pakaian, bagi mandi Anas dalam kolam. Sekali kami suami isteri mandi. Lepas mandi, makan dan keluar jap pergi pekan beli barang. Pastu balik nak aktiviti pertama tengah berlangsung. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Lepas tu treasure hunt untuk dewasa. Semua divide 3 group. Pusing la satu chalet tu cari jawapan. Grup kami dapat nombor 2. Kemudian kumpul duduk semeja satu grup. Kena buat lakonan, aksi tanpa suara untuk teka filem P Ramlee dan peribahasa.


Masa ni Hubby pergi tidurkan Anas. Masa break, kami tukar-tukar tengokkan Anas. Sedap la Anas tidur sejuk-sejuk. Dekat 7 malam baru dia bangun. Pastu sibuk nak mandi kolam. Hubby teman mandikan dan saya balik bilik mandi dan solat. 

Lepas solat maghrib, kumpul semula, makan nasi goreng dan BBQ. Lepas makan kami main game Bingo. Ada 7 round. Satu round ada 3 pemenang. Saya menang 3 kali. 
Semua hadiah menang dari game bingo
Antara gap round bingo ada sesi tukar hadiah. Semua yang datang kena bawa hadiah. Kami 3 beranak bawa 3 hadiah, bawa balik pun 3 hadiah la.

Hadiah kami laki bini. Anas dapat roti.
Masa tu jugak dia buka makan
Habis semua round bingo, kemas tempat tu, dan masuk bilik tidur. Anas cam biasa la, 4 pagi baru tidur. Lepas subuh ada sesi senamrobik. Kami memang terlajak tidur tak sedar apa pun. Sedar bila mak call 8.30 pagi cakap dia ada simpan makan. Baru bangun pergi jenguk. 
Kejutkan Anas sebab semua tengah mandi kolam masa tu. Bawa breakfast pergi tepi kolam. Ada nasi lemak dan sandwich. Kami makan kat situ je. Lepas makan, siap-siap barang, tangkap gambar dan check out. 
Cenderamata untuk semua yang hadir
Family potrait

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...