Monday, December 7, 2015

Mom & Baby Expo 2015


Last week, kami tak lepaskan peluang berkunjung ke Mom & Baby Expo di Spice. Tiap tahun wajib pergi. Expo ni yang paling bermaruah yang ada kat Penang. Memang tour satu Malaysia kan? Banyak la brand yang join, lebih saingan, harga lebih murah banding dengan online, kedai dan expo lain-lain yang di adakan.

Kami suami isteri memang decide dah nak p hari Jumaat. Orang kurang ramai banding sabtu ahad dan kebetulan ada hal lain kena attend luar Penang Sabtu dan Ahad. Saya ambil cuti dan hubby amik time off. Sampai sana 12 lebih. Parking dah penuh. Hubby drop saya dan Anas, hubby pergi solat dulu.

Nak tackle Anas, pergi cari booth yang bagi belon. Pastu terus ke kaunter registration. Peninh sikit cari booth ni sebab biasanya sebelah pintu masuk je. Tapi tak ramai manusia lagi, boleh la jumpa. Tak panjang pun line. Dalam 5 orang je. Kena tunjuk IC untuk register. Semua staf yang fill up. Kemudian ke booth Tollyjoy, claim gift. Kalau ikut FB, share je page Tollyjoy dan tunjuk printscreen kat staf. Saya pergi tunjuk, sorang staf pun tak tahu. Kata sorang tu kena beli barang baru dapat gidt. Nasib la saya ada simpan screen shot tunjuk bukti yang tak perlu purchase apa-apa. Baru diorang pergi tanya kat ketua. Dapat la gift, baby wipes (warna pink gambar bawah). Kemudian pergi booth pureen nak survey barang, datang staf mintak like fb Pureen, dapat gift baby wipes (yang warna hijau dalam gambar bawah). Lain dapat sampel susu organic masa Anas buang cawan air. Anas sangat banyak minum susu. Promoter hulur je dia ambil minum.
Semua barang free yang
 dapat, selain baby wipes, susu.
Yang lain isi goodie bag

Lepas jalan-jalan survey, penat dah dukung Anas, kami ke pentas. Duduk situ sementara hubby sampai sambil perhati sekeliling, sempat juga tengok game. Hubby sampai, pergi register dan kami terus ke booth barang yang nak beli. Kami ke booth Pureen. Ambil bakul dan ambil je barang yang beli. Masa bayar, cashiee tanya nak beg tak, kalau nak tambah rm1.
Baby wipes 2x100 = rm10
Head to toe bath = rm11
Minyak = rm10
Yang kecik-kecik free gift dan beg
Yang kena tambah rm1. Boleh
Request nak design mana.
Lepas tu ke booth Babylove beli sarung nursing pillow. Yang lama dah kusam.

Rm 28

Kemudian ke booth Mamypoko, beli easy fit pants. Borong 4 pek terus. Ini guna waktu malam atau pergi jalan. Memang tak bocor dan tahan lebih dari 8 jam. Kemudian ke booth Drypro. Kali kedua beli. Ok la untuk guna siang. Anas suka sebab kat diapers gambar zirafah.
Mamypoko -rm29 x 4
Drypro - rm25/pek
Ke booth Little Bayi beli botol tomme tippee 5oz. Sebelum ni kat Anas guna avent, kali ni avent mahal dan tt lebih murah. Beli 2 double pack, total 4 botol beli.
2 x rm39
Lepas borong semua ni terus gerak keluar. Perut dah lapar, Anas pun ngantuk. G makan di food court stadium. Sedap, saya order nasi goreng cili padi dan sotong kangkung untuk hubby. Then ke hotel, booking bilik untuk next occassion. Selesai hal di situ terus ke straits Quay, ada Popular book fair. Tujuan nak pergi sebab saya ada baucar, malangnya novel melayu hanya 1% dari keseluruhan produk yang wujud di situ. Baucar hanya sah untuk buku dan bukan barang-barang lain. Kami pulang hanya dengan membeli sambil menderma je.
Renew kad popular dapar payung ni
Rm10 untuk semua ni dan wang
Itu digunakan untuk menderma
Ke badan-badan terpilih
Hari yang panjang untuk kami tapi puas.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...