Tuesday, December 15, 2015

Second pregnancy - 1st trimester

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, seperti tajuk di atas, saya sedang melalui fasa 2nd pregnancy. Its not a plan pregnancy seperti the first one tapi tak la terkejut sangat bila notic double line UPT. Lagipun masa tu 50/50. Memang plan nk preggy, kawan sekeliling yg anak mereka baya Anas, tengah preggy. Anas pun dah 2 tahun. Next year dah 30. Then fikir operation kaki yang due lepas raya. Duit JPA semua dah lulus. Hubby pun tak kisah.

Lepas raya, masih dalam bulan Syawal, period lewat. Biasa pun lewat sehari dua. Tapi kali ni rasa lain. Simptom period ada tapi tak datang pun. Genap 7 hari lewat, bangun pagi nak mandi cek UPT dan double line. Tak terkejut sebab macam expected cuma fikir, camna nak operation kaki, nanti nak pantang mana, rumah pun lum dapat kunci. Eh, banyak nya fikir. Hehehhe.. Hubby bangun tunjuk kat dia dan dia tak paham. Cakap kat dia yang preggy dan dia blur. Then tanya betul ke? Lepas saya ia kan, senyum dia sepanjang pagi. Teruja betul dia macam anak pertama lak. Ikut LMP kandungan saya 5 minggu.

5 week - kurang selera makan. Tempat czer akan cramp bila bersin, batuk, ubah posisi.


6 week - dah mula loya tapi masih boleh makan. Kurang selera + URTI, batuk +++. Cari klinik nak scan. Nak yang 2D je, cuma nak sahkan preggy + kandungan dalam rahim bukannya Ectopic Pregnancy. 3 klinik pergi survey harga.

Klinik Putra, Bagan Jermal: RM40
Klinik Singapore: RM25
Klinik Amar : RM40

Kami pergi Klinik Singapore. Ramai orang. Pergi daftar, lepas sejam datang balik. Kejap je doktor scan, katanya masih kecik, datang lagi 4 minggu.


7 week - Masih batuk dan selsema. Masa pregnant kan Anas pun camni gak, minggu yang sama, simptom sama. Hormon changes kot. Alhamdulillah tak muntah. Selera makan lebih baik cuma small portion je lalu.

8 week - Kalau ikutkan masa preggy Anas, ini la permulaan saya muntah. Gosok gigi je muntah. makan je muntah. Setakat ni, saya belum muntah lagi. Saya pergi KK nak buka buku merah, kebetulan tengah cuti hari tu. Tapi tak leh buat buku hari Jumaat, Doktor tak de. Kena datang lain hari Isnin hingga Khamis je. Saya tanya gak apa yang perlu bawa. Mengikut SOP terbaru, ini yang perlu:-

  • Result UPT / scan - memang kena ada, kalau tak, kena pergi klinik luar, buat UPT, print result bawa ke KK
  • Buku Merah anak terdahulu
  • Keputusan darah Blood group, HIV, VDRL, FBC - kalau nak ambil sendiri darah di tempat lain
 9-12 week - Alhamdulillah, masih tiada episod muntah. Kurang selera makan je. Makan sangat sedikit kuantiti. Tapi kerap. Sebab manjang lapar. Kalau makan terlebih mula la rasa loya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...