Friday, December 18, 2015

Review novel: Langit Cinta

Salam sejahtera dan Assalamualaikum
Novel di beli direct dari penulis. Ingatkan terlepas karya beliau sebab novel ni dah di filemkan. PM dengan DH, katanya novel ni di tulis berasalkan filem. Kiranya sekarang publish novel, bln depan publish filem. Pelakon pun not bad. Cuma kisahnya biasa-biasa saja (pendapat saya).

Sinopsis

Khadijah, tinggal di Pulau Perindu di Langkawi, bersama ibunya yang buta. Dia mempertahankan tanah pusaka warisan ayahnya dari pembeli yang inginkan keuntungan dari Kuala Lumpur termasuklah Alif yang datang ke kampungnya bersama ayahnya untuk membeli tanah milik penduduk untuk dibina chalet tetapi di tentang keras oleh Jah. Alif mengambil keputusan untuk tinggal lebih lama di kampung itu untuk memujuk Jah tetapi dia telah jatuh cinta pada Jah. Sebelum meninggalkan pulau itu, dia menyatakan perasaannya pada Jah. Alif tertarik dengan layanan Jah pada ibunya. Budiman, saudara Jah telah lama ingin peristerikan Jah tetapi dia rela berkorban bila Jah tidak menolah Alif. Alif pulang ke Kuala Lumpur dengan niat untuk peristerikan Jah tetapi di tentang keras oleh ayahnya yang ingin jodohkannya dengan Suzana, anak kenalan rapatnya, yang juga seorang doktor di London. Dia di beri kata dua oleh ayahnya, berkhwin dengan Khadijah, dan di buang keluarga atau memilih Suzana sebagai isteri. Alif memilih Jah. Selepas berkahwin dia tinggal di Pulau Perindu hinggalah dia mendapat berita dari adiknya, Leroy yang ayahnya di serang sakit jantung. Semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Alif kemalangan dan hilang ingatan. Jah setia menanti Alif bersama bayi yang dikandungnya. Jah ke bandar ingin merisik khabar Alif tetapi di halau oleh ayah mentuanya dan surat cerai dititipkan kepadanya melalui peguam. Bagaimana kesudagan kisah cinta mereka? Dapatkah Budiman meneruskan hasratnya untuk memperisterikan Jah?
Bagi peminat karya Damya Hanna seperti saya boleh dapatkan novel ni di kedai buku berhampiran. Cetakan terbaru cover dah berubah :)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...