Monday, January 18, 2016

Antenatal Check up 21/52 - second pregnancy

Assalamualaikum..
Temujanji yang ke4 di Kliniki Kesihatan. Kali ni pergi sorang je. Macam selalu kerja half day, petang. Lewat sikit sampai kali ni. Ramai jugak orang. Dapat nombor pun dah lebih 3. 2.05 petang baru staf keluar buka lampu. Nama di panggil untuk cek urin, Hb. Pastu masuk bilik timbang berat, cek BP. pastu masik bilik 4, jumpa nurse. Cek perut, jantung baby, sembang sikit-sikit dan 2.35 petang siap semua. Ini temujanji paling cepat saya pernah lalui. Tak perlu cucuk ATT kali ni. Next appointment. Katanya bagi baby besar sikit. Ada juga beritahu nurse 2,3 hari ni sakit sungguh bahagian bawah ni, dia cakap baby dok bawah sangat. Masa dia palpate perut tadi pun rasa baby di bawah. Nasihatnya jangan angkat barang berat dan kurangkan jalan. Kalau ada bleeding ke hospital cepat. Dari temujanji kali ni :-

POA : 21/52
Urin Alb : -ve
Urin sugar : -ve
Hb : 11.6 (menurun, tak leh dah makan obimin, kena iberet lak)
Berat : 70.5 kg (naik 1.7 kg, dah lebih 20 minggu berat kena naik sebulan 2kg)
BP : 110/80
Nadi : 82 min
Tinggi Rahim : 22 cm
Jantung Baby : 135 bpm
Sebabkan kali ni punya appointment tak de scan, esoknya saya ajak hubby pergi Klinik Singapore untuk scan. Nasib tak ramai orang, kejap je tunggu dah sampai turn. Kata doktor, uri dah naik ke atas, air ketuban semua cukup. Berat baby dah 400 gram. Saiz baby semua ok. Gedik tanya gender kat doktor, dia pun cuba la cari.

Katanya nasib je nak nampak sebab baby kepit kaki. Tapi nampak macam XX. Cuma dia kata tak sure. Tak pe lah, XY ke XX ke , tak kisah. Janji sihat. Mana-mana pun tak pe. Perkembangan yang di lihat melalui scan kali ni semua mengikut usia kandungan. Kalau Anas dulu mesti kurang 2,3 minggu. Kali ni preggy rasa perut lebih besar, cekang dan penuh. Uniform masa preggy Anas pun dah tak muat nak pakai.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...